Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ATM atur gerak 856 anggota bantu mangsa banjir
    Am

    ATM atur gerak 856 anggota bantu mangsa banjir

    MuhammadBy Muhammad21/12/2021Updated:21/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mengatur gerak seramai 856 anggota lain pangkat bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir, penyediaan dan pengagihan makanan, liason officer di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

    Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, selain anggota, 63 pegawai turut diatur gerakkan bagi melaksanakan tugas tersebut.

    Katanya, pihaknya juga telah mengatur gerakan aset-aset seperti trak 3, 5 dan 7 tan, land rover, bot tempur serta aset udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) apabila diperlukan.

    “ATM juga sentiasa bersedia dengan kekuatan satu Kompeni iaitu lima Pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di
    setiap negeri untuk diaturgerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.

    “ATM sentiasa meletakkan anggota dan asetnya pada kesiagaan utama untuk diatur gerakkan ke lokasi-lokasi terjejas di samping membantu Pihak Berkuasa Awam dan agensi-agensi keselamatan lain yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),” katanya.

    Ini termasuklah dalam menyegerakan pelaksanaan proses pemindahan serta bantuan-bantuan lain,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Beliau berkata, ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya bagi membantu Pihak Berkuasa Awam dalam menyelamatkan mangsa-mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutama usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.

    Katanya, pada masa kini, kesiagaan anggota dan aset ATM melalui pelaksanaan OPERASI MURNI (OP MURNI) yang digerakkan oleh Tentera Darat Malaysia memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSkuad Musa’adah Keluarga Malaysia Agensi Agama bantu mangsa banjir
    Next Article Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari
    Muhammad

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.