Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari
    Viral

    Pukul cermin kereta mangsa, tiga lelaki dicari

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali21/12/2021Updated:21/12/2021No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Akibat tidak berpuas hati motosikal yang dinaiki hampir dihimpit kereta, seorang lelaki bertindak memukul cermin kereta mangsa kejadian di Jalan Lundang di sini, semalam.

    Kejadian jam 11 pagi itu mendapati sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa bersama isteri dan seorang anak perempuan berusia empat tahun dalam perjalanan untuk berniaga.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, ketika mangsa sedang memandu keretanya di Jalan Lundang, telah datang dua motosikal dinaiki tiga lelaki yang tidak dikenali.

    Katanya, ketika berhenti di persimpangan lampu isyarat, suspek bertindak memukul cermin kereta. Bimbangkan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis berkaitan kejadian.

    “Siasatan awal, ketika kejadian, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan seorang anak perempuan dalam perjalanan untuk berniaga.

    “Suspek dipercayai tidak berpuas hati dengan pengadu yang dikatakan telah hampir terhimpit motosikal yang dinaiki mereka.

    “Suspek bertindak mengekori kereta sehingga berhenti di lampu isyarat. Suspek bertindak memukul cermin sisi kiri bahagian belakang kereta mangsa,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

    Beliau berkata, ketika kejadian tiada berlaku sebarang kemalangan dan tiada sebarang kerosakan ke atas kereta mangsa.

    Jelas beliau, pihaknya meminta kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian ini supaya tampil membantu siasatan dan usaha mengesan serta menangkap suspek sedang giat dijalankan.

    “Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan 279 Kanun Keseksaan,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleATM atur gerak 856 anggota bantu mangsa banjir
    Next Article Dua warga China dicari bantu kes pendakwaan SPRM
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Penunggang motosikal maut dilanggar treler

    20/05/2022

    2,493 kes HFMD di Kelantan tahun ini

    18/05/2022

    Kerajaan kelantan ambil serius, prihatin kejadian individu terjun Sungai Kelantan

    18/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.