Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MIC cadang kemuka petisyen susulan kalah tipis DUN Bukit Batu
    PRN Johor

    MIC cadang kemuka petisyen susulan kalah tipis DUN Bukit Batu

    adminBy admin13/03/2022Updated:13/03/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SUNGAI SIPUT | MIC berhasrat mengemukakan petisyen pilihan raya susulan kekalahan tipis calon parti itu yang mewakili Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Batu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

    Presidennya, Tan Sri SA Vigneswaran, berkata kekalahan tipis calon MIC, S Suppayah kepada calon PKR, Arthur Chiong Sen Sern dengan 133 undi, selain 650 bilangan undi rosak yang dilihat pihaknya sebagai agak tinggi, mewajarkan untuk perkara itu dirujuk ke mahkamah.

    “Di Bukit Batu, kita kalah 133 undi, walaupun saya diberitahu ada 650 undi rosak. Justeru kita akan membuat bantahan (petisyen), rayuan kepada mahkamah supaya kita dapat pastikan pengiraan undi dibuat secara betul,” katanya kepada pemberita pada program penyerahan komputer riba kepada 32 pelajar kurang berkemampuan sekitar Sungai Siput, di sini hari ini.

    Pada PRN semalam, Suppayah memperoleh 9,302 undi berbanding 9,417 undi yang diperolehi Sen Sern, menjadikan DUN Bukit Batu satu-satunya kerusi gagal dimenangi MIC yang bertanding empat DUN dan menang di Kemelah, Kahang serta Tenggaroh.

    Dalam perkembangan lain, Vigneswaran berkata, kemenangan besar BN kelmarin sememangnya suatu kebanggaan dan dilihat sebagai pengiktirafan oleh rakyat Johor, yang jelas turut menunjukkan trend pengundian lebih terarah kepada dasar dibawa parti diwakili calon berbanding atas dasar peribadi calon sendiri.

    “Saya juga berterima kasih kepada masyarakat Tongnam (Cina) kerana memberi sokongan dan undi kepada calon (MIC) yang bukan Cina. Ini menunjukkan mereka bukan sahaja memilih calon, tetapi lebih kepada parti yang memilih calon terbabit. Ini adalah sesuatu yang baik di mana calon BN memperoleh kepercayaan masyarakat pelbagai kaum.

    “Paling penting bagi MIC adalah apa yang kita nyatakan beberapa tahun berturutan sebelum ini bahawa undi kaum India sudah balik ke pangkuan BN bukan lagi retorik. Kita sudah memastikannya di PRN Johor mahupun PRN Melaka sebelum ini,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAAB peruntuk RM471 juta selesai isu air di Kelantan
    Next Article KKM bimbang 68 peratus kanak-kanak belum divaksinasi
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.