Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PN teliti punca utama kekalahan dalam PRN Johor
    PRN Johor

    PN teliti punca utama kekalahan dalam PRN Johor

    adminBy admin13/03/2022Updated:13/03/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JOHOR BAHRU | Perikatan Nasional (PN) akan meneliti punca utama kekalahan gabungan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor hari ini.

    Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pihaknya bagaimanapun menegaskan berjaya mewujudkan sokongan daripada pilihan raya itu walaupun sebagai satu gabungan parti baharu.

    “Kita akan buat analisa dan bedah siasat kenapa tidak dapat sejumlah kerusi yang besar.

    “Kalau dilihat dari data didapati dalam pilihan raya ini walau parti baharu namun kempen yang dilaksanakan mendapat perhatian rakyat.

    “Jadi ini satu petanda bahawa perjuangan kita diterima,” katanya pada sidang media di Bilik Gerakan Utama PN, di Senai, di sini, malam ini.

    Pada masa sama, Muhyiddin berkata, PN tidak rasa begitu terkilan dengan keputusan PRN Johor, berikutan mendakwa sudah mewujudkan sokongan daripada pengundi.

    Ketika ditanya sama ada PN akan bekerjasama dengan blok pembangkang, selepas ini, beliau berkata, perkara itu tidak dibincangkan dan diperhalusi lagi.

    Mengenai kemungkinan Barisan Nasional (BN) akan membentuk kerajaan dengan PN, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh, berkata pihaknya tidak fikir akan bekerjasama dengan parti itu kerana mereka sudah cukup untuk membentuk kerajaan.

    Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani. sumber: BERTITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article26,250 kes COVID-19 semalam
    Next Article ‘Kemenangan ini satu pinjaman daripada-Nya’
    admin
    • Website

    Related Posts

    Tiada keperluan Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

    13/03/2022

    Saya akan terus sokong Muhyiddin, kata Faizal Azumu

    13/03/2022

    Sahrihan terkejut rampas kerusi Muhyiddin

    13/03/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.