Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Saya akan terus sokong Muhyiddin, kata Faizal Azumu
    Politik

    Saya akan terus sokong Muhyiddin, kata Faizal Azumu

    adminBy admin13/03/2022Updated:13/03/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JOHOR BAHRU | Timbalan Presiden Bersatu Ahmad Faizal Azumu berkata dia akan terus menyokong presiden Muhyiddin Yassin selepas dia menyatakan kesediaan untuk meletakkan jawatan setelah prestasi buruk Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Johor.

    “Perjuangan Muhyiddin mesti diteruskan. Saya akan tetap menyokong kepimpinannya.

    “Seluruh kepimpinan Bersatu di semua peringkat juga turut mendokong setiap yang beliau perjuangkan,” katanya di Twitter hari ini. Dia turut menanda Muhyiddin dalam ciapannya.

    Sebaik keputusan PRN Johor diumumkan semalam, Muhyiddin yang juga pengerusi PN berkata dia sedia untuk melepaskan jawatannya.

    “Kalau nak tukar (kepimpinan) saya terima. Kita amalkan sistem progresif. (Jawatan pengerusi) Bukan hak saya, (tapi) keputusan parti atau kepimpinan parti komponen PN,” katanya kepada pemberita di pusat operasi PN di Senai.

    PN bertanding di kesemua 56 kerusi namun hanya menang tiga, iaitu di Maharani, Endau dan Bukit Kepong. DUN Maharani dimenangi PAS manakala dua kerusi lagi dimenangi Bersatu.

    Sebelum pembubaran DUN, PN memegang 12 kerusi di Johor dan bersama-sama BN – yang memiliki 16 kerusi – dalam kerajaan negeri.

    SUMBER : MalaysiaKini

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSahrihan terkejut rampas kerusi Muhyiddin
    Next Article Tiada keperluan Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.