Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Terlalu awal bincang tentang Exco – MCA
    Politik

    Terlalu awal bincang tentang Exco – MCA

    adminBy admin13/03/2022Updated:13/03/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JOHOR BAHRU | Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong memberitahu, masih terlalu awal mengadakan perbincangan mengenai calon untuk barisan Exco kerajaan negeri.

    Lapor Utusan, beliau berkata, ini kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru sahaja berakhir dan keputusan rasmi pilihan raya itu diserahkan kepada Istana Johor, pagi tadi.

    “Proses ini masih panjang lagi kerana mengikut prosedur, seorang calon perlu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk dilantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

    Selepas Menteri Besar angkat sumpah, barulah berlaku proses seterusnya bagi pelantikan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, di situlah perbincangan akan diadakan,” katanya dalam sidang akhbar, di sini hari ini.

    Yang hadir sama Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Mah Hang Soon bersama barisan calon MCA yang bertanding pada PRN Johor.

    PRN Johor yang melabuhkan tirai semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) memperoleh 40 kerusi, empat daripadanya dimenangi calon MCA iaitu Tan Chong (Bekok), Ling Tian Soon (Yong Peng), Lee Ting Han (Paloh) dan Tan Eng Meng (Pekan Nanas).

    Sementara itu, Ka Siong berpuas hati dengan prestasi yang ditunjukkan MCA pada PRN Johor dan lebih memberangsangkan empat kerusi yang dimenangi itu mendapat majoriti selesa sekali gus memberi petunjuk bahawa kembali mendapat kepercayaan rakyat berbilang kaum.

    Beliau berkata, bagi calon yang tidak menang pula menunjukkan satu perkembangan positif setelah merapatkan jurang majoriti di beberapa kawasan kerusi panas termasuk di bandar.

    “Mungkin agak mustahil untuk kita mencipta kebangkitan dengan memenangi semua kerusi ditandingi dan kejayaan menang empat kerusi ini membuktikan satu perkembangan positif. Perubahan ini dapat disaksikan di kawasan majoriti kaum Cina yang memberikan undi kepada parti seperti di Bekok dan Yong Peng. Ini adalah hasil usaha keras calon dan jentera memenangi hati pengundi.

    “Di kawasan bandar juga sudah menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya mengurangkan majoriti daripada lima angka kepada 1,922 majoriti di Johor Jaya dan 3,347 di Perling, ini petanda yang amat baik,” katanya.

    Ka Siong berkata, calon-calon menjalankan tugas dengan baik menyantuni rakyat apabila kembali mendapat mandat rakyat setelah dua penggal parti tewas di Bekok, Yong Peng dan Pekan Nanas.

    Tambahnya, parti akan membuat post-mortem bagi membuat penilaian bagaimana untuk meningkatkan kepercayaan rakyat kepada parti bagi menarik sokongan.

    Katanya, perkara ini bagi membolehkan parti merangka strategi di masa akan datang seterusnya menambah potensi parti menjadi lebih berkesan.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKKM bimbang 68 peratus kanak-kanak belum divaksinasi
    Next Article Sahrihan terkejut rampas kerusi Muhyiddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.