Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Tiada keperluan Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN
    Politik

    Tiada keperluan Muhyiddin letak jawatan Pengerusi PN

    adminBy admin13/03/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    TAIPING | Tiada keperluan untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berikutan prestasi hambar gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam.

    Lapor Utusan, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, walaupun PN hanya menang tiga daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, tidak bermakna Pengerusi PN itu perlu meletak jawatan.

    “Setakat hari ini, rakan PN tidak berbuat apa-apa perbincangan tentang perkara itu. Rasanya tiada keperluan untuk mengadakan perbincangan sama ada nak dikekalkan atau tidak, sebaliknya lebih baik memberi fokus terhadap gerak kerja yang perlu dilakukan pada masa hadapan,” katanya.

    Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Futsal Piala Datuk Haji Idris Ahmad Tertutup Parlimen Bukit Gantang 2022 di Kamunting, di sini hari ini.

    Muhyiddin menyatakan kesediaan untuk mengambil tanggungjawab atas kekalahan gabungan parti itu di Johor termasuk melepaskan jawatannya itu.

    Daripada 56 kerusi yang ditandingi PN, gabungan parti itu hanya menang di tiga kerusi iaitu di Bukit Kepong, Endau dan Maharani.

    Muhyiddin menyerahkan kedudukannya sebagai ketua gabungan itu kepada ahli parti untuk membuat keputusan.

    Sementara itu, Idris berkata, Pas konsisten dengan pendirian untuk kekal sebagai rakan dalam PN walaupun keputusan PRN Johor tidak menyebelahi gabungan itu.

    “Pas teguh dalam pendirian untuk bersama PN pada masa ini dan desas desus Pas akan meninggalkan PN setelah kalah PRN Johor adalah tidak benar,” katanya.

    Menurut Idris, pada masa ini perkara yang perlu diberi fokus ialah memberi tumpuan perkhidmatan kepada rakyat.

    “PRN Johor sudah selesai jadi lebih baik semua ahli politik memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kemaslahatan rakyat.

    Mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Pilihan Raya Umum Ke15 (PRU15) segera, Idris berkata, keputusan untuk mengadakan PRU15 ditentukan oleh Perdana Menteri.

    “Ada pihak mungkin berkehendak sangat untuk diadakan PRU15 disebabkan gelombang momentum kemenangan yang selesa dalam PRN Johor. Namun di pihak Pas, segalanya terletak pada keputusan Perdana Menteri, mana yang lebih terbaik, mengikut keadaan semasa,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSaya akan terus sokong Muhyiddin, kata Faizal Azumu
    Next Article Pas konsisten perkasa MN, pertahan PN
    admin
    • Website

    Related Posts

    OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng

    29/05/2023

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX

    29/05/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.