Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PAS sokong pindaan Perlembagaan dan Akta Anti Lompat Parti
    Pendapat

    PAS sokong pindaan Perlembagaan dan Akta Anti Lompat Parti

    adminBy admin09/04/2022Updated:09/04/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PAS akan memberikan sepenuh sokongan kepada Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 dalam Sidang Khas Parlimen pada 11 April 2022 bertujuan meminda Perlembagaan Persekutuan khususnya Perkara 10(3) yang berkaitan dengan Perkara 10(1)(c), iaitu berhubung dengan kebebasan berpersatuan (freedom of association).

    Perkara 10(1)(c) adalah seperti berikut:

    1. (1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)—
      (c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.

    Perkara 10(3) adalah seperti berikut:
    (3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan perburuhan atau pendidikan.

    Berdasarkan kes Dewan Undangan Negeri Kelantan -lawan- Nordin Salleh & Anor., yang diputuskan oleh Mahkamah Agung Malaysia pada 3 April 1992, sesuatu peruntukan undang-undang ataupun Perlembagaan negeri berkaitan Sekatan Lompat Parti akan dianggap bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan selagi Perkara 10 tidak dipinda bagi membolehkan suatu Akta Lompat Parti digubal dan diluluskan oleh Parlimen.

    Maka atas dasar inilah, Jemaah Menteri yang bersidang pada 6 April 2022 memutuskan Sidang Khas Parlimen pada 11 April 2022 perlu bersidang untuk meminda Perkara 10 bagi membolehkan suatu Akta berkaitan Lompat Parti dibentangkan dan diluluskan oleh Parlimen dalam suatu sidang yang lain.

    Jemaah Menteri juga secara sebulat suara bersetuju bahawa perkara-perkara berkaitan dengan lompat parti dan implikasinya dari segi undang-undang perlu dimasukkan secara lengkap dan terperinci di dalam suatu Akta Parlimen yang khusus.

    Akta Parlimen tersebut perlu merangkumi definisi-definisi yang tepat, misalan-misalan yang terang dan penjelasan yang konkrit bagi mengelakkan kekeliruan (lacuna), penyalahgunaan kuasa (abuse of power) dan kemungkinan berat sebelah (likelihood of biasness) yang turut menyebabkan pihak-pihak yang terkesan mencabarnya di mahkamah.

    TAKIYUDDIN HASSAN
    Setiausaha Agung PAS
    Bertarikh: 8 April 2022

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article16 individu termasuk 15 PATI warganegara Myanmar ditahan
    Next Article Penulis novel cinta,The Wrong Husband didakwa bunuh suami
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.