Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » “Mahu lihat asnaf beraya seperti orang lain”
    Am

    “Mahu lihat asnaf beraya seperti orang lain”

    MuhammadBy Muhammad30/04/2022Updated:30/04/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Ingin melihat anak-anak asnaf menyambut hari raya seperti mereka yang lain mendorong Datin Farizah Ahmad hadir ke Kelab Kebajikan Asnaf Kelantan bagi menghulurkan sumbangan Aidilfitri.

    Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Golf Wanita Malaysia (MALGA), sememang berniat untuk berjumpa dengan anak-anak asnaf sebelum hari raya.

    “Saya berniat untuk berjumpa dengan anak-anak asnaf, tetapi sayang mereka tidak dapat hadir dan diwakili ibu masing-masing.

    “Sumbangan hari ini melibatkan pakaian, kurma dan duit raya yang disumbangkan oleh MALGA, BERSATU Bahagian Kota Bharu dan Menteri Dalam Negeri,” katanya ketika ditemui di perkarangan Rumah Asnaf, di sini, hari ini.

    Beliau berkata, Kelantan dan Kedah menjadi pilihan kerana begitu dekat dihatinya.

    Ujarnya, Kelantan merupakan negeri kelahiran suaminya, Datuk Mohamed Farid Zawawi manakala Kedah adalah negeri kelahirannya.

    “Bukan tidak mahu untuk menyampaikan sumbangan di Kuala Lumpur dan juga negeri lain, namun melihat kepada situasi, di sana sudah ramai yang tampil membantu.

    “Jadi saya memilih negeri yang dekat dihati seperti Kelantan dan Kedah,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleTengku Ahmad Rithauddeen meninggal dunia
    Next Article Mayat wanita ditemukan lemas di jambatan pertama Pulau Pinang
    Muhammad

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.