KUALA LUMPUR | Jangkitan kes COVID-19 yang direkodkan semalam adalah sebanyak
1,054 kes baharu.
Data menerusi laman web COVIDNOW menunjukkan pertambahan jumlah itu menjadikan sebanyak 4,452,835 kes dikesan sejak 25 Januari 2020 sehingga kini.
Kes jangkitan yang aktif yang dicatatkan setakat tengah malam tadi adalah 28,778 kes.
Sebanyak 27,361 kes menjalani isolasi di rumah dan 14 dirawat di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan 1,328 menjalani rawatan di hospital.
Seramai 33 pesakit kini menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi tidak memerlukan alat bantuan pernafasan manakala 41 lagi memerlukan bantuan alat pernafasan.
Sementara itu, sebanyak 4,107 kes sembuh dilaporkan, menyumbang kepada sejumlah 4,388,491 kes pulih sepenuhnya dari COVID-19.