Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 5 Tempat Yang Boleh Dituju Mualaf
    Pendapat

    5 Tempat Yang Boleh Dituju Mualaf

    adminBy admin05/05/2022Updated:05/05/2022No Comments4 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    “Apa itu Islam?”

    Soalan ini seringkali ditanya oleh mereka yang masih mencari jawapan bagi makna Islam yang sebenar dan bagi mereka yang masih belum menganuti agama Islam. Bahkan persoalan-persoalan mereka adakalanya lebih besar daripada itu berkisar ketuhanan, ketauhidan dan kebajikan mualaf.

    Sebagai seorang Muslim, kita mengetahui dan melaksanakan pelbagai ritual dalam Islam seperti ibadah solat, puasa dan sedekah. Namun bila diajukan soalan “apa itu Islam?”, kita juga masih kurang bersedia untuk memberikan jawapan yang tepat tentang Islam.

    Justeru, Tzkrh ingin berkongsi kepada anda 5 tempat rujukan bagi membantu mereka yang ingin mengetahui Islam secara lebih lanjut:-

    1 – Hidayah Centre Foundation

    Hidayah Centre merupakan satu institusi yang menyampaikan perkongsian berkaitan ajaran Islam kepada masyarakat majmuk dan memperjelaskan salah faham berkaitan Islam, serta menyantuni saudara-saudara baru (mualaf) yang menganuti agama Islam.

    Hidayah Centre memiliki 27 cawangan di Malaysia. Menariknya, pengunjung dari negara luar seperti Brazil, Australia, dan Jepun juga ada yang hadir memeluk Islam melalui Hidayah Centre (HC). Kelas-kelas yang dianjurkan juga adalah percuma.

    Di sini, Tzkrh sertakan talian yang boleh dihubungi 011-6055 2445/03-4108 9669/03-4107 1754 atau terus ke laman sesawang: https://hidayahcentre.org.my3-4108 9669

    2 – Interactive Dakwah & Tarbiyah Association

    Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) pula merupakan NGO dakwah Islam yang menganjurkan kelas-kelas pengajian, kursus dan latihan secara percuma bagi mereka yang berkehendak untuk mendalami asas kefahaman agama Islam berkaitan akidah, ibadah mahupun fiqh.

    Kelas-kelas yang dijalankan tidak terhad dalam Bahasa Melayu sahaja, namun IDT juga menyediakan kelas dalam Bahasa Mandarin. Selain itu, IDT juga menyediakan kelas perbandingan agama dan kaedah pengurusan mualaf agar kebajikan mereka dijaga dengan baik.

    Jadual kelas boleh dirujuk di laman sesawang IDT: http://www.dakwah.my/ atau boleh berhubung terus ke talian 018-468 4380

    3 – Malaysian Chinese Muslim Association

    MACMA dikenali sebagai Malaysian Chinese Muslim Association atau Persatuan Cina Muslim Malaysia. Ianya ditubuhkan oleh komuniti Cina Muslim untuk menyebarkan dakwah Islam kepada bangsa Cina serta kaum lain secara lebih berkesan. MACMA mempunyai 19 cawangan di seluruh Malaysia.

    Antara perkhidmatan MACMA untuk ahli-ahli baru seperti:

    Kelas fardhu ain
    Kelas bimbingan lanjutan
    Menjaga kebajikan dan kesejahteraan ahli
    Khidmat kaunseling dan sokongan moral
    Peluang pendidikan lanjutan sepanjang hayat
    Kelas-kelas pengajian dan bimbingan dibuat dalam pelbagai bahasa khususnya Bahasa Cina. Selain itu, MACMA juga berperanan sebagai jurucakap bagi komuniti Cina Muslim di Malaysia.

    Ikuti perkembangan dan kepelbagaian kelas serta aktiviti dakwah di bawah seliaan MACMA di laman sesawang: http://macma.my/

    4 – Malaysian Indian Revert Muslim Association

    Malaysian Indian Revert Muslim Association (MIRA) atau Pertubuhan Muallaf India SeMalaysia telah didaftarkan secara rasmi pada 25 Julai 2017. Objektif penubuhannya adalah untuk mengurus hal ehwal kebajikan dan perkongsian pengetahuan Islam terhadap ahli-ahli baru India Muslim.

    Program-program kebajikan dan kelas-kelas pengajian yang dijalankan juga banyak dimuat naik di Facebook dan Instagram rasmi MIRA. Boleh hubungi talian 012-771 7329 untuk bertanya langsung berkaitan aktiviti yang dikelolai mereka.

    5 – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan

    Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) merupakan salah satu agensi kerajaan yang menguruskan perihal mualaf. Pelbagai aktiviti dan kemudahan yang disediakan oleh pihak JAWI antaranya kelas pengajian bagi ahli baru yang memeluk agama Islam.

    Selain itu, JAWI juga menyediakan tempat perlindungan dan bimbingan berterusan kepada mualaf dikenali sebagai Kompleks Darul Hidayah di Sentul, Kuala Lumpur. Borang permohonan untuk penyertaan dan kemasukan ada dilampirkan di laman sesawang rasmi JAWI: https://www.jawi.gov.my/

    JAWI juga telah membina satu aplikasi MyIslam iaitu platform mudah permohonan memeluk Islam secara dalam talian. Hanya perlu imbas QR Code MyIslam dan ikuti garis panduan yang telah ditetapkan. QR Code MyIslam boleh didapati di laman sesawang JAWI atau NGO yang terlibat dengan pengislaman serta di pejabat masjid-masjid yang berada di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Manual penggunaannya juga ada disediakan (sumber: JAWI)

    Bagi yang ingin mendapatkan penerangan lanjut, boleh hubungi Cawangan Kebajikan Saudara Baru, Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI di talian 03 22749333.

    Kesimpulan
    Ada banyak tempat yang boleh dijadikan rujukan untuk mengetahui hal ehwal Islam secara lebih terperinci termasuklah berkaitan hal-hal kebajikan bagi mualaf seperti JAWI, MAIS, IKRAM, PERKIM, HALUAN dan juga pertubuhan-pertubuhan swasta yang lain.

    Jika kita belum mampu untuk menerangkan Islam secara terperinci, sekurang-kurangnya usah meminggirkan persoalan orang yang ingin mengetahui tentang agama Islam. Lorongkan dan halakan mereka ke tempat dan laluan yang benar agar sama-sama kita mengecapi keredaan Allah kelak. Pulangkan kami kepadaMu ya Rabb dalam keadaan Engkau meredai agama kami. SUMBER: TZKRH.COM

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHanya telco meterai perjanjian dengan DNB
    Next Article 1,054 kes COVID-19 baharu semalam
    admin
    • Website

    Related Posts

    Sekuriti makanan bukan isu remeh-temeh

    20/05/2022

    Isu air Kelantan: Usaha selesai masalah air berusia 30 tahun

    20/05/2022

    Peningkatan penularan jangkitan HFMD di Perak

    13/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.