Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Maloney sudah ada formula jumpa Thailand
    Sukan

    Maloney sudah ada formula jumpa Thailand

    adminBy admin05/05/2022Updated:05/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PETALING JAYA | Brad Maloney mendedahkan sudah menemui ‘formula’ terbaik untuk menje­lang pertemuan menentang Thailand dalam aksi pembukaan Sukan SEA Hanoi di Vietnam esok.

    Pengendali skuad bawah 23 (B-23) tahun negara itu berkata, beliau sudah mengesan beberapa kelemahan ketika aksi persahabatan menentang Timor Leste dan Filipina yang berlangsung di Stadium UiTM, Shah Alam, minggu lalu.

    Menurut jurulatih dari Australia itu, anak-anak buahnya juga telah menunjukkan peningkatan positif dalam aksi ke­dua apabila berjaya menjinakkan Filipina 2-0 walaupun sebelum itu tewas 1-2 di tangan Timor Leste.

    “Saya rasa banyak perkara kita boleh belajar terutama aksi pertama kita.

    “Ketika itu (aksi pertama dengan Timor Leste) ramai muka baharu dalam pasukan, dan keputusan di atas kertas bukan apa yang kita mahukan.

    “Tapi kita boleh belajar dalam aksi pertama itu, manakala dengan Filipina pula perkara positif mula ditunjukkan.

    “Pemain mula bangkit dan mendapat minit permainan serta membentuk kombinasi dengan baik,” katanya.

    Menurut Maloney, walaupun pemain belum berada di kondisi terbaik dan belum capai tahap yang mahukan tetapi, mereka berada di landasan tepat untuk buat yang terbaik.

    Selain Thailand, tiga lagi pasukan iaitu Laos, Singapura dan Kemboja turut melengkapkan saingan Kumpulan B itu, manakala Vietnam, Indonesia, Myanmar, Filipina dan Timor Leste mengisi Kumpulan A.

    Dua pasukan teratas setiap kumpulan secara automatik akan layak ke separuh akhir, dengan pemenang bakal berentap di final untuk penentuan pingat emas iaitu ibu segala pingat bagi temasya dwitahunan itu.

    Skuad B-23 negara tiba di Hanoi kelmarin untuk persiapan aksi pertama namun, mereka berdepan sedikit masalah membabitkan bilik penginapan sebelum isu berkenaan dapat diselesaikan. – SUMBER: UTUSAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMuda Di Dunia Cuma Sekali
    Next Article RM2 juta menanti skuad bola keranjang
    admin
    • Website

    Related Posts

    Wilayah Persekutuan sasar juara keseluruhan Sukma 2022

    21/05/2022

    Jaringan minit ke-111 musnahkan impian Malaysia

    20/05/2022

    Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi

    20/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.