Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » MCA: Biar pengundi tentukan siapa ‘katak politik’ bukan pemimpin parti
    Politik

    MCA: Biar pengundi tentukan siapa ‘katak politik’ bukan pemimpin parti

    adminBy admin05/05/2022Updated:05/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Biarkan pengundi yang menentukan nasib ahli parlimen “berpaling tadah” melalui pilihan raya semula dan bukannya parti politik, kata Setiausaha Agung MCA Chong Sin Woon.

    Kenyataannya hari ini dibuat ketika kerajaan sedang bergelut untuk memperhalusi definisi lompat parti.

    Chong (gambr judul, atas) membangkitkan kebimbangannya tentang definisi lompat parti yang terlalu luas, dengan ahli parlimen yang meninggalkan parti akan dianggap telah berpaling tadah tanpa mengira bentuk atau alasan.

    “Dengan kata lain, mana-mana ahli parlimen yang dipecat daripada parti secara tidak sengaja akan ditakrifkan sebagai ‘melompat parti’ dan pilihan raya akan diadakan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Dalam kes ini, dia berkata undang-undang antilompat mungkin digunakan untuk memberi laluan kepada pilihan raya semula apabila pemimpin parti memecat mana-mana anggotanya (ahli parlimen, Adun) yang tidak disukainya.

    MP boleh jadi ‘pak turut parti’

    “Ini sudah pasti cara berselindung untuk memberikan lebih banyak kuasa kepada pemimpin parti, menyebabkan wakil rakyat dikawal oleh pemimpin mereka.

    “Walaupun ini demi keadilan dan kepentingan awam, penggubal undang-undang mungkin tidak mahu bertentangan dengan kehendak kepimpinan untuk mengelakkan daripada dipecat daripada parti.

    “Ahli parlimen itu akan menjadi ‘pak turut’ kepada parti. Ini pelanggaran yang jelas terhadap prinsip demokrasi,” kata bekas senator itu.

    “Tetapi bagaimana kita mampu membendung budaya lompat parti tanpa menjejaskan kebebasan berpersatuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan?

    “Sebenarnya ia mudah. Kita hanya memberi kuasa menangani pembelot kepada orang ramai, bukannya parti politik.

    “Wakil rakyat dipilih oleh pengundi dan mereka harus bertanggungjawab kepada pengundi,” tambah Chong.

    Rang undang-undang antilompat yang dijadual dibentangkan dalam sidang khas Dewan Rakyat pada 11 April lalu, telah ditangguhkan sekali lagi.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar, atas) berkata penangguhan perundangan itu berlaku kerana penggubal undang-undang gagal mencapai persetujuan mengenai peruntukan tertentu dalam RUU itu.

    Pembentangan rang undang-undang itu telah pun ditangguhkan sekali sebelum ini.

    Ia pada asalnya dijadualkan untuk bacaan pertamanya di Dewan Rakyat pada 24 Mac. SUMBER: MALAYSIAKINI

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePH sukar menang PRU15, tak maksud saya putus asa – Nurul Izzah
    Next Article Waspada hebah kanak-kanak hilang di media sosial
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan

    26/06/2022

    PRU15: PAS Perak pelawa Tajuddin bertanding atas tiket PN

    26/06/2022

    ‘PN tak bincang tawar Tajuddin bertanding PRU15’

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.