Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Perantau dukung kerajaan negeri melangkah bersama MBI
    Politik

    Perantau dukung kerajaan negeri melangkah bersama MBI

    adminBy admin05/05/2022Updated:05/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kehadiran luar biasa anak-anak perantau pada majlis Mesra Aidilfitri anjuran kerajaan negeri malam tadi menggambarkan sokongan penuh mereka terhadap kerajaan pimpinan ulama.

    Menteri Besar, Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob berkata kehadiran anak-anak perantau agak luar biasa selepas program serupa dua tahun tidak dapat diadakan akibat penularan Covid1-19.

    “Saya menzahirkan rasa terima kasih atas kehadiran begitu ramai dan berharap semoga perantau sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan untuk terus melangkah Membangun Bersama Islam (MBI),” katanya pada program tersebut di Dewan Besar Balai Islam Lundang.

    Hadir sama Timbalan Menteri Besar Dato’ Mohd Amar Abdullah, anggota-anggota Exco, wakil-wakil rakyat dan pegawai kanan kerajaan negeri.

    Program Mesra Aidilfitri bersama pimpinan kerajaan dua tahun tidak dapat diadakan akibat pandemik. Program tersebut dianjurkan Urusetia Penerangan dan Komunikasi Kerajaan Negeri dengan kerjasama Persatuan Perantau Malaysia Kelantan (Perakan).

    Ahmad juga berkata, kerajaan Kelantan sentiasa berbincang dengan kerajaan-kerajaan negeri lain kerana membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Kelantan mencari rezeki.

    “Saya juga merakam ucapan tahniah dan berterima kasih kepada perantau yang turut bersama kerajaan negeri membantu mangsa-mangsa banjir di Lembah Klang pada akhir tahun lepas,” ujarnya.

    Sempena program tersebut seorang pelajar Universiti Malaya, Nurul Hami Mohamed Din, 21, dari Kota Bharu mendapat hadiah utama cabutan bertuah berupa sebuah motosikal. – SUMBER: HARAKAH

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUmat Islam Afrika Selatan rai kedatangan Syawal dengan edar makanan
    Next Article Polis tahan lelaki tular memandu secara bahaya
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan

    26/06/2022

    PRU15: PAS Perak pelawa Tajuddin bertanding atas tiket PN

    26/06/2022

    ‘PN tak bincang tawar Tajuddin bertanding PRU15’

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.