Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Piala Thomas: New Zealand tarik diri akibat Covid-19
    Sukan

    Piala Thomas: New Zealand tarik diri akibat Covid-19

    adminBy admin05/05/2022Updated:05/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    New Zealand terpaksa menarik diri daripada menyertai Piala Thomas selepas beberapa pemain mereka dijangkiti Covid-19, hanya tinggal empat hari sebelum pertandingan bermula di Impact Arena, Bangkok, Thailand.

    Menurut Badminton New Zealand, mereka memutuskan untuk menarik diri daripada kejohanan berpasukan lelaki berprestij dunia itu selepas beberapa pemainnya diuji positif Covid-19 semasa Kejohanan Oceania baru-baru ini dari 28 April hingga 1 Mei di Melbourne, Australia.

    “Semasa kejohanan dan pada hari-hari berikutnya selepas acara itu, beberapa pemain diuji positif. Ini telah menyebabkan pasukan semakin kekurangan pemain, dengan kemungkinan kes positif tambahan dikesan semasa tiba di Thailand.

    “Keputusan sukar untuk menarik diri pasukan dibuat dengan mengambil kira semua faktor dan meletakkan kebajikan pemain sebagai keutamaan dalam pemikiran kami.

    “Kami memberi tumpuan untuk menyokong baki pemain New Zealand di Australia dan membawa mereka pulang dengan selamat, secepat mungkin,” menurutnya dalam hantaran di Facebook hari ini.

    New Zealand diundi dalam Kumpulan D dengan juara 2014 Jepun, England dan Malaysia.

    Memandangkan Jepun adalah antara pasukan pilihan dalam kejohanan itu, Malaysia kini perlu menang menentang England untuk memastikan tiket ke suku akhir. Hanya dua pasukan teratas dalam setiap kumpulan akan mara ke peringkat kalah mati.

    Juara bertahan Indonesia, China dan Denmark adalah pilihan untuk kejohanan ini yang akan berlangsung dari 8 hingga 15 Mei.

    Sementara itu, Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam kenyataan berasingan berkata Amerika Syarikat (AS) akan menggantikan New Zealand dalam Kumpulan D.

    “Tidak ada persatuan ahli Oceania lain yang dapat memenuhi tempat kuota benua. Hong Kong dan Sepanyol berada di kedudukan seterusnya berdasarkan ranking dunia, tetapi mereka juga menolak.

    “Pasukan AS mengesahkan penyertaan mereka dan akan berada dalam Kumpulan D bersama Jepun, Malaysia dan England,” menurut BWF.

    • SUMBER: Bernama

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePolis tahan lelaki tular memandu secara bahaya
    Next Article Musim umrah jemaah luar negara tamat 30 Syawal
    admin
    • Website

    Related Posts

    Wilayah Persekutuan sasar juara keseluruhan Sukma 2022

    21/05/2022

    Jaringan minit ke-111 musnahkan impian Malaysia

    20/05/2022

    Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi

    20/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.