Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Unit pembahagian harta pusaka akan dinaiktaraf
    Am

    Unit pembahagian harta pusaka akan dinaiktaraf

    MuhammadBy Muhammad07/05/2022Updated:07/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Kementerian Tenaga dan Sumber Asli akan menaik taraf Unit Pembahagian Harta Pusaka dibawah seliaan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian kepada Jabatan Pembahagian Pusaka baru.

    Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata jabatan yang akan diwujudkan itu mempunyai seorang ketua pengarah menguruskan harta pusaka umat Islam bernilai RM600,000 kebawah dijangka dilaksanakan akhir tahun ini.

    Katanya buat masa ini perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam JPA telah diadakan bagi membincangkan jumlah perjawatan perlu diwujudkan untuk melantik kakitangan terlibat dengan tugas baru berkenaan.

    “Sekarang ini dibawah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian ada satu unit menguruskan harta pusaka dipanggil unit pembahagian pusaka belum lagi dinaiktaraf sebagai satu jabatan.

    “Jabatan baru itu akan mengurus pembahagian pusaka untuk orang Islam terutama bernilai RM600,000 ke bawah manakala RM600,000 ke atas kena pergi ke mahkamah tinggi.

    “Jadi peranan unit pusaka begitu besar semua orang Melayu punya harta pusaka dan saya berhasrat pertingkat unit ini kepada satu jabatan yang mempunyai ketua pengarah dan telah berunding dengan Jabatan Perkhidmatan Awam sedang meneliti ia satu keperluan,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada media selepas Rumah Terbuka Kementerian Tenaga dan Sumber Asli di Kota Bharu, Kelantan.

    Katanya unit itu buat masa ini menumpang bangunan dan perjawatan dibawah Jabatan Tanah dan Sumber Asli namun selepas ini mempunyai jabatan tersendiri kerana mempunyai keperluan amat mendesak berikutan banyak kes tertunggak membabitkan harta pusat umat Islam seluruh negara.

    “Saya telah membentangkan di Parlimen cadangan mempermudahkan proses pembahagian harta pusaka yang sebelum ini mengambil masa bertahun tahun.

    “Sekarang ni unit pusaka boleh mengendali harta dua perkara harta tak alih iaitu tanah dan bangunan dan juga harta alih moveable property seperti kereta motor motorbot dan sebagainya dan sekarang ini kita dapat kendalikan perkara itu,” katanya.

    Terdahulu, di Dewan Rakyat beliau memaklumkan jumlah kes tunggakan pembahagian harta pusaka terkini ialah 72,348.

    Daripada jumlah itu, beliau berkata, kes tunggakan tertinggi dicatatkan di Kedah dengan 13,423 kes diikuti Selangor (10,358) dan Kelantan (7,414).

    Oleh itu jelasnya bagi menyelesaikan masalah beberapa tindakan segera sudah diambil termasuk menggerakkan Pasukan Petugas Khas di bawah waran perjawatan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian, bagi membantu perbicaraan kes pusaka dengan kerjasama daripada kerajaan negeri.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMayat lelaki ditemukan di Sungai Golok dengan kaki dan tangan diikat
    Next Article Sebanyak 22,463 kes HFMD di negara ini
    Muhammad

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.