KUALA LUMPUR | Parti Bahtera Sejahtera mengumumkan hasratnya untuk meletakkan 10 calon dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) nanti.
Presiden Penaja Bahtera, Ir Zulkifli Ahmad berkata, keputusan penyertaan itu dibuat berdasarkan beberapa faktor yang dilihat sudah tidak relevan dengan keadaan rakyat.
Katanya, kebanyakan wakil rakyat sedia ada hanya mengekalkan budaya politik yang sama yang tidak bertumpu untuk meletakkan kepentingan negara dan rakyat sebagai keutamaan dalam menyelesaikan masalah-masalah mahupun dalam meletakkan Malaysia di persada yang membanggakan.
“Jika barisan wakil rakyat yang sama dikekalkan, ia hanya akan meneruskan krisis kepimpinan yang sama. Hal ini demikian, kerana gagasan-gagasan politik dalam parti-parti politik sedia ada dilihat hanya untuk menjaga kepentingan golongan elit parti, bukan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
“Kemajuan negara pada hari ini tidak hanya berlegar di sekitar mereka yang memegang jawatan politik pada masa lalu dan masa kini.
“Malah telah banyak sumbangan diberikan oleh mereka yang tidak terlibat secara langsung dalam politik. Oleh itu, tiba masanya rakyat diberi pulang memilih calon-calon dari kalangan baru yang lain dari yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Oleh itu, katanya, demi melahirkan pemimpin politik baru yang lebih berwibawa dan segar, Bahtera hanya akan meletakkan calon yang berintegriti dan berwibawa terutama daripada kalangan anak-anak muda.
Beliau juga turut Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menyegerakan proses kelulusan pendaftaran parti yang sudah berlarutan selama lapan bulan.