Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ekonomi Malaysia dijangka meningkat, China perlahan – tinjauan Reuters
    Ekonomi

    Ekonomi Malaysia dijangka meningkat, China perlahan – tinjauan Reuters

    adminBy admin11/05/2022Updated:11/05/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    BENGALURU | Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka meningkat pada suku (IQ) pertama tahun ini, didorong oleh permintaan yang lebih kukuh berikutan kelonggaran langkah Covid-19, namun senario pandemik virus berkenaan di China boleh memberi kesan yang ketara.

    Menurut tinjauan Reuters hasil temu bual dengan 18 pakar ekonomi, negara ketiga terbesar Asia Tenggara itu dari segi ekonomi itu diramalkan berkembang 4.0 peratus pada suku Januari hingga Mac 2022 berbanding tempoh tiga bulan yang sama tahun sebelumnya, lebih cepat daripada peningkatan 3.6 peratus dalam suku sebelumnya.

    Ramalan bagi pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) tahunan yang akan dikeluarkan pada 13 Mei ini adalah antara 2.0 peratus hingga 5.7 peratus.

    “Peningkatan pertumbuhan Malaysia pada 1Q22 berkemungkinan disokong oleh permintaan domestik yang lebih kukuh didorong oleh aktiviti perkhidmatan dan kepenggunaan swasta,” kata pakar ekonomi di DBS, Chua Han Teng.

    Menurut beliau, langkah-langkah pembendungan Covid-19 dibantu oleh jumlah vaksinasi yang tinggi dalam kalangan populasi walaupun dalam senario gelombang Omicron telah mencetuskan kepada peningkatan dalam aktiviti perkhidmatan swasta di Malaysia.

    “Sehubungan itu, bersama-sama dengan pecutan yang diterajui jumlah eksport yang lebih baik dalam pembuatan pada Mac, mencadangkan perdagangan asing kekal sebagai enjin pertumbuhan bagi negara yang kaya dengan sumber asli seperti minyak, gas asli, kayu, minyak sawit dan koko,” jelasnya.

    Permintaan untuk minyak sawit Malaysia dijangka meningkat selepas pengeluar utama, Indonesia melarang penghantaran hasil sawitnya buat sementara waktu pada bulan lepas dalam usaha untuk meredakan senario harga minyak masak domestik yang melambung tinggi.

    Sehubungan itu, prestasi ekonomi Malaysia telah meningkat dengan ketara berikutan harga komoditi yang lebih kukuh dan permintaan dalam negeri serta eksport yang masih memberangsangkan dijangka membantu memacu pertumbuhan tahun ini dan akan datang.

    Terdahulu, menurut tinjauan berasingan Reuters yang diterbitkan pada bulan lepas, pertumbuhan ekonomi Malaysia diramalkan pada purata 6.1 peratus dan 5.0 peratus masing-masing pada tahun ini dan 2023.

    Walaupun ekonomi domestik dijangka berkembang apabila aktiviti pulih daripada gangguan yang disebabkan oleh Covid-19, namun kelembapan ekonomi yang ketara di China disebabkan dasar strategi Covid-19 sifar menimbulkan risiko yang lebih besar kepada Malaysia selaku pengeksport minyak sawit kedua terbesar di dunia.

    China ialah rakan perdagangan dan pelaburan terbesar Malaysia.

    “Sebagai enjin pertumbuhan bagi rantau APAC, pertumbuhan perlahan ekonomi China menimbulkan risiko kepada seluruh rantau ini. Khususnya, eksport dan import barangan perantaraan bernilai tinggi dengan China…akan menjejaskan sektor pembuatan utama Malaysia,” tulis pakar ekonomi di Moody’s Analytics, Denise Cheok.

    “Walaupun Malaysia telah mengehadkan pendedahan perdagangan langsung kepada Rusia dan Ukraine, risiko inventori yang berkurangan meningkat apabila konflik perang itu berlarutan,” tambahnya. – CNA/Reuters

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBerpecah pada PRU15 tindakan undur ke belakang
    Next Article Projek takungan besar atasi masalah bekalan air
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api bersasar – Azmin

    21/05/2022

    Syarikat AS yakin Malaysia masih destinasi pelaburan menarik

    21/05/2022

    Penunggang motosikal maut dilanggar treler

    20/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.