Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penyatuan ummah: Seluruh agensi bawah JPM HEA digerakkan
    Am

    Penyatuan ummah: Seluruh agensi bawah JPM HEA digerakkan

    adminBy admin11/05/2022Updated:11/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, Persidangan Antarabangsa Kesatuan Islam anjuran The World Muslim Communities Council di Abu Dhabi, kelmarin menjadi jambatan pertemuan pemimpin serta para ilmuan dan pentadbir.

    Menurutnya, selain berkongsi pandangan masing-masing, ia juga membina hubungan strategik serta jaringan kerjasama antara agensi hal ehwal Islam.

    Beliau turut menerima jemputan Setiausaha Agung Majlis Hukama’ Muslimin yang juga Wakil Kanan Syeikhul Azhar, Mohamed Abdel-Salam ke Ibu Pejabat Majlis Hukama’ Muslimin di Abu Dhabi.

    “Dalam pertemuan tersebut, beliau berharap agar kerjasama berpanjangan dan penglibatan proaktif dalam menyumbang kepada agenda penyatuan ummah serta agenda keharmonian masyarakat berbilang agama dan budaya.

    “Saya amat menyambut baik saranan tersebut dan akan menggerakkan seluruh agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),” katanya menerusi laman sosial beliau, semalam.

    Beliau menambah, dalam konteks Malaysia, tentunya agenda penyatuan ummah menjadi keutamaan yang digerakkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan seluruh agensi hal ehwal Islam di bawah JPM (Hal Ehwal Agama).

    Secara praktikal, ujarnya JPM (Hal Ehwal Agama) telah menggerakkan 5 inisiatif MANTAP yang memberi fokus membangunkan masyarakat yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

    Terbaharu, katanya JPM (Hal Ehwal Agama) telah mengeluarkan Dokumen Keluarga Malaysia, Keluarga Sejahtera sebagai halatuju di peringkat pentadbiran.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePerlukah tukar PAS kepada Umno di Kelantan?
    Next Article Berpecah pada PRU15 tindakan undur ke belakang
    admin
    • Website

    Related Posts

    Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

    21/05/2022

    Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM

    21/05/2022

    Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian

    21/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.