Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Projek takungan besar atasi masalah bekalan air
    Am

    Projek takungan besar atasi masalah bekalan air

    adminBy admin11/05/2022Updated:11/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Pembinaan takungan air besar dijangka dilaksanakan di Kelantan tahun ini bagi menyelesaikan masalah bekalan air di seluruh negeri itu.

    Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pendekatan itu merupakan salah satu usaha kerajaan bagi menyelesaikan masalah berkenaan bagi tempoh jangka panjang.

    Katanya, lokasi yang akan dibina empangan besar itu dikenal pasti di Machang.

    “Projek itu sebagai usaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat sekarang.

    “Kerajaan memahami masalah yang membelenggu rakyat bagi mendapat bekalan air yang lebih sempurna. Jadi kita berharap dengan adanya takungan tersebut masalah bekalan isu air dapat diatasi,” ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

    Sebelum ini beberapa lokasi di Kelantan berdepan masalah tekanan rendah sehingga menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) terpaksa menghantar bekalan air menggunakan lori kepada pengguna.

    Bagaimanapun, kepulangan kira-kira 2 juta perantau ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri baru-baru ini tidak menjejaskan bekalan air di kebanyakan lokasi memandangkan hujan hampir seluruh jajahan.

    Mohd Amar juga berkata, projek itu dijangka siap dalam tempoh beberapa tahun bagi mengatasi masalah bekalan air terutamanya di kawasan hujung paip dan lokasi tinggi.

    “Takungan itu menggunakan sumber air bawah tanah sebagai bekalan utama sebelum disalurkan kepada pengguna.

    “Projek takungan air itu akan dilaksana di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 yang dianggar melibatkan kos sebanyak RM7 bilion.

    “Peruntukan itu termasuk juga projek menukar sistem paip lama melibatkan jarak 5,000 kilometer serta pembinaan loji-loji rawatan air yang baharu,” tambahnya.

    Beliau juga berkata, kerajaan negeri sebelum ini berusaha dengan pelbagai cara bagi mengatasi masalah bekalan air bersih.

    Namun katanya disebabkan wujud perbezaan politik antara kerajaan Persekutuan dan negeri sejak 1990, menyebabkan Kelantan tercicir daripada menerima peruntukan bagi meningkatkan projek bekalan air.

    “Antaranya pembatalan projek air Kelantan Utara bernilai RM600 juta pada 1990,” katanya. – HARAKAHDAILY

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleEkonomi Malaysia dijangka meningkat, China perlahan – tinjauan Reuters
    Next Article Maritim selamatkan bot gentian kaca terbalik
    admin
    • Website

    Related Posts

    Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

    21/05/2022

    Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM

    21/05/2022

    Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian

    21/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.