Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » ‘Kelas pagi ini sangat sayu’
    Am

    ‘Kelas pagi ini sangat sayu’

    adminBy admin12/05/2022Updated:12/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | “Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.”

    Itu antara hantaran yang tular dan dikongsi ramai di media sosial termasuk Facebook (FB) susulan nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kilometer (Km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Ipoh, tengah malam tadi.

    “Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan. Al-Fatihah,” demikian menurut perkongsian berkenaan.

    Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak.

    “Al-Fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,” menurut catatan itu lagi.

    Muhammad Nasrun dan Iqbal Hasun adalah pelajar Sarjana Muda Pengajian Islam; Ahmad Naim Najmi (Sarjana Muda Kaunseling); Muhammad Nabil Haikal (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan Ahmad Akmal (Diploma Kaunseling Islami).

    Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam. – Harian Metro

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePAS terbuka adakan kerjasama politik dengan UMNO
    Next Article Tindakan pantas LUAS berjaya elak pencemaran Sungai Langat
    admin
    • Website

    Related Posts

    Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

    21/05/2022

    Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM

    21/05/2022

    Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian

    21/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.