Facebook Twitter Instagram
    Friday, 2 June 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Gali khazanah ilmu pada usia muda
    Am

    Gali khazanah ilmu pada usia muda

    adminBy admin13/05/2022Updated:13/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad menerima jemputan untuk hadir pada majlis sambutan Aidilfitri bersama warga Malaysia di Riyadh, Arab Saudi.

    Menurutnya, beliau gembira dapat beramah mesra dengan para asatizah dan profesional yang berkhidmat di situ, di samping anak muda yang sedang menuntut ilmu.

    “Di kesempatan yang ada, saya titipkan nasihat buat anak-anak mahasiswa supaya bersungguh-sungguh menggali khazanah ilmu pada usia muda sebelum kesibukan masa menghambat kita.

    “Tuntutlah ilmu sehingga menjadi ulama dan pakar dalam bidang masing-masing suatu hari nanti,” ujarnya dalam hantaran di laman sosial beliau, hari ini.

    Beliau juga mengambil peluang menyantuni dan berdialog bersama warga perantau yang berbakti di bumi Riyadh.

    Menurutnya, pelbagai idea, isu dan persoalan dapat dikongsikan bersama.

    “Alhamdulillah. Semoga pertemuan mahabbah ini beroleh keberkatan di sisi Allah SWT,” katanya.

    Beliau berada di Riyadh kerana menyertai forum mengenai nilai-nilai sejagat di antara penganut agama-agama yang mengumpulkan para tokoh dan pemimpin agama seluruh dunia.

    Selain beliau, turut mewakili Kerajaan Malaysia ialah Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah. – SUMBER: HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePengorbanan Bersatu bantu BN kembali ke saf kerajaan
    Next Article Peningkatan penularan jangkitan HFMD di Perak
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.