Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pengorbanan Bersatu bantu BN kembali ke saf kerajaan
    Politik

    Pengorbanan Bersatu bantu BN kembali ke saf kerajaan

    adminBy admin13/05/2022Updated:13/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | PAS membuktikan sokongan dan bantuan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) pasca Pilihan Raya Umum (PRU) 2018 membolehkan parti itu membina kekuatan semula.

    Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Misbahul Munir Masduki berkata, sokongan tersebut atas nama Muafakat Nasional (MN) bagi mengembalikan kekuatan politik orang Melayu dan Islam.

    Katanya kerjasama atas nama MN tidak wajar dibiarkan berkubur begitu sahaja kerana telah terbukti berjaya membina kekuatan ummah pada PRK sebelum ini.

    “MN perlu diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 dengan melibatkan sama penyertaan Bersatu.

    “Bersatu tidak dinafikan berjasa besar kepada kerajaan Pusat yang ada sekarang kerana berjaya menyebabkan PH tumbang,” katanya di sini.

    Menurutnya pengorbanan Bersatu dan sebahagian ahli parlimen PKR membolehkan Umno dan BN kembali berada dalam saf kerajaan seperti sekarang.

    Kata beliau apabila parti-parti Melayu Islam dapat bekerjasama sudah pasti PRU akan datang kuasa politik orang Melayu Islam dapat dipertahankan.

    Oleh itu katanya bagi meredakan keadaan Umno dan PAS disaran tidak menyerang antara satu sama lain, sebaliknya perlu saling memperkukuhkan MN yang terjalin sejak 14 September 2019.

    “PAS dan Umno perlu bersama mengukuhkan MN bagi menghadapi PRU ke-15 untuk menghalang kemaraan semula PH.

    “Malah sepanjang hubungan MN PAS tidak pernah memperlekehkan Umno, sebaliknya berusaha membuka MN kepada parti-pati lain dan NGO yang seiring dengan perjuangan,” katanya.

    Menurut beliau juga dalam banyak PRK sebelum ini jentera PAS membantu calon Umno yang bertanding tanpa tidak dibayar satu sen pun.

    Sebaliknya kata beliau, jentera dan pengundi Umno sebelum ini tiada bukti memberi sokongan kepada calon PAS pada PRK yang diadakan. – SUMBER: HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePemuda PAS mahukan penjelasan pembukaan semula pub dan kelab malam
    Next Article Gali khazanah ilmu pada usia muda
    admin
    • Website

    Related Posts

    PN sokong cadangan pembahagian kerusi PRU15 lebih awal

    21/05/2022

    Pembahagian kerusi dengan BERSATU sudah dibincang – PAS

    19/05/2022

    Srikandi Bersatu Sabah kekal mahu tanding empat kerusi Parlimen

    15/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.