Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 22 May 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Malaysia gantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal
    Am

    Malaysia gantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal

    MuhammadBy Muhammad14/05/2022Updated:14/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (JPV) mengambil keputusan untuk menggantung kelulusan loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal berkuatkuasa serta merta.

    Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Idris Ahmad berkata, keputusan itu dibuat selepas bersidang dengan pihak Department of Agriculture, Water and the Environment (DAWE), Australia, semalam.

    Katanya, keputusan itu dibuat sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperolehi.

    “Selain itu, Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc. (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan tersebut akan diberi surat tunjuk sebab.

    “Badan tersebut juga akan berhadapan dengan kemungkinan untuk dibatalkan status sebagai badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM sekiranya didapati tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

    Beliau berkata lagi, bagi melindungi kepentingan awam serta memberikan keadilan kepada semua pihak, siasatan secara menyeluruh dilaksanakan oleh pihak JAKIM bersama JPV termasuk pihak berkuasa Australia.

    “Saya telah meminta JAKIM serta agensi berkaitan untuk membuat siasatan menyeluruh dengan segera dan telus.

    “Saya ingin menegaskan bahawa isu halal dan haram melibatkan pemakanan yang menjadi darah daging umat Islam adalah perkara yang sangat dititik berat dalam agama. Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang ketidakpatuhan kepada standard dan prosedur yang telah ditentukan JAKIM dan JPV.

    “Selaku badan pensijilan Halal, JAKIM akan sentiasa menjaga amanah serta kepentingan umat Islam,” katanya.

    featured
    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSabri Yunus terima anugerah sebagai duta anak seni Kelantan
    Next Article Bendera peribadi YDP Agong dikibar separuh tiang selama lima hari
    Muhammad

    Related Posts

    Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda

    21/05/2022

    Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM

    21/05/2022

    Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian

    21/05/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Terpaksa tolak wakili negara dalam Sukan SEA, tamatkan latihan sebagai Perajurit Muda
    • Pusat pemerhatian astronomi RM250,000 diwujudkan di HSBM
    • Bekalan senjata Barat ke Ukraine musnah – Russia
    • Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    • KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.