Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 5 kompartmen Hutan Simpan diwarta kawasan tadahan sejak 2020
    Am

    5 kompartmen Hutan Simpan diwarta kawasan tadahan sejak 2020

    adminBy admin19/05/2022Updated:19/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA KRAI | Jabatan Perhutanan Kelantan menjelaskan lima kompartmen yang terlibat dengan kawasan tadahan air di Hutan Simpan Sungai Rek diwartakan sebagai kawasan tadahan air pada tahun 2020.

    Perkara itu dijelaskan Pengarah Perhutanan Negeri Abdul Khalim Abu Samah pada program dialog berkaitan kawasan bantahan aktiviti mengusahasil di kompartmen 32, 37, 38, 39 dan 40.

    Program tersebut diadakan di Pejabat Renjer Hutan Laloh, turut dihadiri ahli parlimen Kuala Krai Abdul Latiff Abdul Rahman dan Adun Manek Urai Mohd Fauzi Abdullah.

    Abdul Latiff berkata, pemerwataan lima kompartmen tersebut dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri.

    Katanya Pengarah Jabatan Perhutanan menjelaskan tiada lesen baharu dikeluarkan di kawasan terbabit.

    “Sebelum ini lesen diluluskan antara tahun 2010 sehingga 2016 kepada tujuh syarikat, di mana empat syarikat dilesenkan tetapi diberhentikan kerana bantahan penduduk.

    “Manakala tiga syarikat lagi hanya pra perlesenan dan telah diberhentikan kerana bantahan melibatkan kawasan tadahan air,” katanya pada kenyataan di laman sosialnya semalam.

    Pada dialog terebut empat wakil penduduk berucap iaitu Mohd Tarmizi Manaf, Mohd Dahlan Yasin, Mohd Azhan Ab. Latif dan Mohd Farhan Abdullah.

    Abdul Latiff yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, perjumpaan semalam berakhir dengan harmoni di mana penduduk Kampung Chuchuh Puteri bersikap profesional.

    Menurutnya walaupun kehadiran dalam jumlah agak ramai, namun mereka hadir untuk berbincang dan mencari solusi terbaik.

    “Kami menyanjung tinggi kesediaan pengarah Jabatan Perhutanan negeri hadir berdialog dengan penduduk dan mereka berjiwa besar mendengar luahan penduduk.

    “Jaminan Jabatan Perhutanan jika ada sebarang kerja-kerja pembalakan di kawasan berkenaan, penduduk boleh melaporkan segera memandangkan tiada sebarang kelulusan diberikan,” katanya.

    Sebelum ini Menteri Besar bersetuju menghentikan aktiviti pengambilan hasil hutan di kawasan Hutan Simpan Sungai Rek Kompartmen 32, 37, 38, 39 dan 40 selepas dibantah Pusat Khidmat Dun Manek Urai. – SUMBER: HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePembahagian kerusi dengan BERSATU sudah dibincang – PAS
    Next Article 2 tahun kerajaan PN Kedah lulus ribuan permohonan tanah
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.