Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Mayat lelaki jatuh sungai ditemukan lemas
    Am

    Mayat lelaki jatuh sungai ditemukan lemas

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali19/05/2022Updated:19/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Selepas empat hari, mayat pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang jatuh ke Sungai Kelantan berdekatan Jambatan Sultan Yahya Petra di sini, ditemukan lemas, hari ini.

    Mangsa, Mohd Khairul Nizam Omar, 46, ditemukan terapung di Sungai di Kampung Penambang, Jalan PCB jam 11.30 pagi.

    Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu menerima panggilan dari orang awam memaklumkan ada menjumpai satu mayat terapung di tebing sungai Kampung Penambang.

    Katanya, bertindak atas maklumat, pasukan mencari dan menyelamat yang berpengkalan di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra terdiri dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Malaysia, Kastam Diraja Malaysia dan dibantu orang awam ke lokasi penemuan.

    “Penemuan mayat terapung berpakaian lengkap dan dibawa dengan menaiki bot bomba ke Sungai Kelantan di Jambatan Sultan Yahya Petra.

    “Mayat berkenaan dibawa ke Unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ ll) untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

    “Pengecaman dilakukan oleh isteri mangsa di Unit Forensik HRPZ II dan mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah suaminya (Khairul Nizam),” katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

    Beliau berkata, siasatan lanjut masih diteruskan.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePermaisuri Selangor zahir rasa sedih kejadian kezaliman haiwan
    Next Article 37,000 muzium di seluruh dunia rai Hari Muzium Antarabangsa
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.