Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pembahagian kerusi dengan BERSATU sudah dibincang – PAS
    Politik

    Pembahagian kerusi dengan BERSATU sudah dibincang – PAS

    adminBy admin19/05/2022Updated:19/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | PAS sudah berbincang mengenai pembahagian kerusi Perikatan Nasional (PN) dengan BERSATU untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

    Naib Presidennya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata bagaimanapun perbincangan awal itu masih tiada keputusan yang muktamad.

    “Maklumat lengkap saya tiada, namun perbincangan awal (pembahagian kerusi) sudah ada. Agihan kerusi dan jumlah itu tidak ada lagi,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat EXCO di Kota Darulnaim di sini, semalam.

    Mengenai ada desakan meminta supaya PRU-15 diadakan dalam tempoh terdekat, Mohd Amar berkata, UMNO saja yang meminta supaya pilihan raya diadakan dengan cepat.

    “Orang lain tak nak cepat dan Presiden PAS (Tan Sri Abdul Hadi Awang) sendiri menyebut (PRU-15) diadakan sehingga akhir penggal.

    “Lagipun kita ada tempoh masa setahun lagi dan Mei ini baru cukup empat tahun. Jadi, kita hanya ada satu tahun lagi, takkan kita tak boleh tunggu setahun lagi,” katanya.

    Beliau berkata, semua pihak perlu memberi peluang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melaksanakan dasarnya dan membetulkan keadaan ekonomi.

    “Bagi saya kita beri ruang kepada Perdana Menteri dan itu lebih baik sebab beliau juga mempunyai idea. Kalau kita buat pilihan raya dalam tempoh ini, perancangan yang Perdana Menteri ada tidak boleh berjalan.

    “Itu pandangan kita, namun kuasa ada pada Perdana Menteri dan kita tunggu sampai habis. Kalau empat tahun kita boleh tunggu, takkan setahun tidak boleh tunggu,” katanya.

    Katanya, beliau tidak terbabit dalam jawatankuasa membincangkan pembahagian kerusi yang dipengerusikan oleh Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bersama beberapa lagi pemimpin parti itu.

    “Mungkin dalam tempoh beberapa lama lagi barulah boleh buat keputusan yang muktamad berhubung pembahagian kerusi berkenaan. SUMBER: BERITA HARIAN.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleLebih ramai pejuang Ukraine menyerah di Mariupol
    Next Article 5 kompartmen Hutan Simpan diwarta kawasan tadahan sejak 2020
    admin
    • Website

    Related Posts

    PAS wadah politik terbaik

    26/06/2022

    Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan

    26/06/2022

    PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.