Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Permaisuri Selangor zahir rasa sedih kejadian kezaliman haiwan
    Am

    Permaisuri Selangor zahir rasa sedih kejadian kezaliman haiwan

    Hidayah AzaliBy Hidayah Azali19/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    SHAH ALAM | Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin Abdul Rahman menzahirkan rasa amat sedih dan dukacita susulan beberapa kejadian terbaharu yang membabitkan kezaliman terhadap haiwan-haiwan peliharaan dan terbiar.

    Menerusi Facebook rasmi Selangor Royal Office, baginda menzahirkan rasa kecewa kerana masih ada lagi insan yang tidak berperikemanusiaan dan tergamak berlaku kejam terhadap haiwan-haiwan secara terbuka.

    Baru-baru ini, media melaporkan kejadian berasingan melibatkan beberapa ekor kucing peliharaan dan terbiar yang ditemui mati dipercayai diracun oleh individu tidak bertanggungjawab.

    Tengku Permaisuri Norashikin yang juga Penaung Diraja Program Stray Free Selangor (SFS) di bawah kendalian SPCA Selangor menggesa agar pihak berwajib melakukan siasatan sehingga pelakunya dapat dikenalpasti dan dihadapkan ke muka pengadilan.

    Baginda juga menyarankan agar mana-mana ahli masyarakat yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian seumpamanya supaya segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

    Baginda ingin mengingatkan bahawa kezaliman terhadap haiwan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta 772 iaitu Akta Kebajikan Haiwan 2015.

    Akta 772 memperuntukkan beberapa seksyen khusus bagi kesalahan-kesalahan tersebut, iaitu Seksyen 29 untuk penganiayaan haiwan, Seksyen 30 (pembunuhan haiwan), Seksyen 31 (pemberian racun). Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

    Baginda menyeru agar ahli masyarakat lebih prihatin, mempunyai perasaan belas kasihan dan terus menyemai sifat empati dan perikemanusiaan serta sayangkan haiwan peliharaan dan terbiar.

    Baginda berharap kebajikan haiwan-haiwan ini sentiasa diberi perhatian terutamanya keperluan persekitaran yang sesuai, dilindungi daripada ancaman penyakit serta keperluan mempamerkan corak kelakuan semula jadi.

    Dalam masa sama, Baginda terus menggesa masyarakat dan para sukarelawan penyelamat haiwan untuk mengkasi (neuter) kucing dan anjing terbiar agar haiwan ini tidak membiak dalam persekitaran yang tidak sesuai.

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article2,493 kes HFMD di Kelantan tahun ini
    Next Article Mayat lelaki jatuh sungai ditemukan lemas
    Hidayah Azali

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.