Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Frankfurt rangkul trofi Eropah pertama selepas 42 tahun
    Global

    Frankfurt rangkul trofi Eropah pertama selepas 42 tahun

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    PEMAIN Eintracht Frankfurt meraikan kejayaan muncul juara Liga Europa selepas menumpaskan Glasgow Rangers dalam perlawanan akhir di stadium Ramon Sanchez Pizjuan, Seville. - AFP

    SEVILLE, Sepanyol | Eintracht Frankfurt menewaskan Rangers menerusi sepakan penalti 5-4 untuk menjulang Liga Europa hari ini selepas perlawanan akhir di Seville terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan.

    Aaron Ramsey yang dibawa masuk sebagai pemain gantian ketika masa tambahan berbaki tiga minit gagal menyempurnakan penalti, sebelum Rafael Borre meledak rembatan kemenangan untuk melengkapkan musim menakjubkan Frankfurt.

    Borre adalah wira malam itu apabila meledak gol penyamaan pada minit ke-69 selepas Joe Aribo terlebih dulu meletakkan Rangers di depan pada minit ke-87.

    Kemenangan itu membolehkan Frankfurt memenangi trofi Eropah pertama mereka sejak 1980 dan menempah tempat ke Liga Juara-Juara musim depan. “Kami semua adalah wira. Tanpa penyokong kami tidak akan berjaya,” kata penjaga gol Frankfurt, Kevin Trapp.

    Kedua-dua kelab mencari kejuaraan Eropah kedua dalam sejarah mereka, di mana Rangers sebelum ini merangkul Piala Antara Juara pada 1972 dan Frankfurt menjulang Piala UEFA, 42 tahun lalu.

    Dengan hanya mempunyai 43,000 kapasiti, Stadium Ramon Sanchez Pizjuan di Sevilla tidak cukup besar untuk menempatkan penyokong yang datang dari Jerman dan Scotland untuk menyaksikan detik bersejarah buat kali mereka.

    Rangers membawa lebih 100,000 penyokong ke kota Sepanyol itu, manakala sekitar 60,000 mengikuti Frankfurt. Mereka yang tidak dapat memasuki stadium menonton di skrin gergasi dengan kawalan ketat pihak keselamatan. – SUMBER: AGENSI

    PEMAIN Eintracht Frankfurt meraikan kejayaan muncul juara Liga Europa selepas menumpaskan Glasgow Rangers . – AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSie Yan, Joe Ee hadiahkan emas dan perak
    Next Article Separuh badan dibaham buaya
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.