Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi
    Sukan

    Gimrama tunai janji sapu emas di Hanoi

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    AKSI gimnas negara ketika membuat persembahan dalam acara gimrama berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi.

    HANOI | Tidak lama selepas mengungguli kedudukan 1-2 dalam saingan all-around individu Sukan SEA 2021, atlet gimnastik berirama (gimrama) memenuhi janji mereka untuk mempertahankan pingat emas dalam saingan berpasukan di Pusat Gimnasium Quan Ngua, Hanoi, sebentar tadi.

    Kejayaan itu menyaksikan emas keempat dihadiahkan pasukan gimmastik negara kepada kontinjen Malaysia masing-masing dua daripada gimmastik artistik dan dua dalam gimrama.

    Skuad negara yang dibarisi Shak Yuki, Ng Jia Wen, Jingle Shak Qi, Maia Ong, Ashley Lim dan Yap Yi Tung nyata tidak menghadapi masalah mempertahankan emas yang dimenangi di Manila 2019 apabila mengumpul markah keseluruhan 49.200 bagi dua pusingan iaitu lima gelung (26.150) serta tiga riben dan dua bola(23.050).

    Sementara itu, perak dimenangi wakil tuan rumah, Thailand selepas mencatat markah keseluruhan 41.550 dan gangsa diraih Vietnam (37.800).

    Bagi jurulatih gimmastik berirama negara, Eriko Akebayashi mengakui gembira apabila anak didiknya terus mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi kali ke-30 di Manila 2019.

    “Sudah pastinya gembira apabila berjaya mencapai sasaran dan menghadiahkan emas buat Malaysia biarpun berdepan cabaran sengit daripada pasukan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

    Pada temasya dwitahunan edisi 2019, Malaysia muncul juara keseluruhan sukan gimnastik dengan memperoleh sembilan emas, tiga perak dan empat gangsa manakala Vietnam di tangga kedua, enam emas, dua perak dan tujuh gangsa.

    Filipina di kedudukan ketiga dengan tiga emas, lima perak dan empat gangsa.

    Malaysia dianggap sebagai kuasa besar dalam acara itu, tidak berdepan masalah menyapu bersih dua emas yang dipertandingkan iaitu dalam acara individu dan berkumpulan.

    Pada Sukan SEA Manila 2019, skuad gimmastik berirama negara membawa pulang empat pingat menerusi acara all around berkumpulan, dan dua emas diraih Izzah Amzan, manakala Koi Sie Yan meraih emas dalam acara aparatus riben wanita. – SUMBER: UTUSAN ONLINE

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleDua gol ‘Intan Serah’ pastikan futsal wanita raih gangsa.
    Next Article Setengah juta penduduk India melarikan diri akibat banjir
    admin
    • Website

    Related Posts

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    22/06/2022

    Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia

    11/06/2022

    Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan

    11/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.