Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Indonesia tarik balik larangan eksport kelapa sawit
    Global

    Indonesia tarik balik larangan eksport kelapa sawit

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAKARTA: Indonesia bakal menarik balik larangan eksport minyak sawit pada Isnin depan.

    Perkara itu diumumkan oleh Presiden Joko Widodo (Jokowi) hari ini, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pasaran minyak sayuran global yang mencecah harga puncak kerana penggantungan, perang di Ukraine dan pemanasan global.

    Negara kepulauan itu mengeluarkan larangan bulan lalu untuk mendapatkan bekalan komoditi itu, yang digunakan dalam pelbagai barangan daripada taburan coklat kepada kosmetik, dalam menghadapi kekurangan dalam negara.

    “Berdasarkan bekalan dan keadaan minyak masak serta memandangkan terdapat 17 juta orang dalam industri sawit; petani dan pekerja sokongan lain, saya memutuskan eksport minyak masak akan dibuka semula pada Isnin, 23 Mei,” katanya secara dalam talian.

    Selepas larangan itu berkuat kuasa, Jokowi berkata membekalkan 270 juta penduduk negara itu adalah ‘keutamaan tertinggi’ kerajaannya.

    Namun, Jakarta berada di bawah tekanan untuk mengawal harga yang sudah melonjak tinggi selepas pencerobohan Russia ke atas kuasa pertanian, Ukraine.

    Pengeluar minyak sawit turut mengadakan bantahan minggu lalu di Jakarta dan beberapa bandar di Indonesia dengan mengadu harga buah kelapa sawit menurun drastik sehingga merugikan mereka. – SUMBER: AFP

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleJaringan minit ke-111 musnahkan impian Malaysia
    Next Article Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.