Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Jaringan minit ke-111 musnahkan impian Malaysia
    Sukan

    Jaringan minit ke-111 musnahkan impian Malaysia

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    AKSI Malaysia (jersi kuning) menentang Vietnam pada separuh akhir Sukan SEA 2021 berlangsung sengit di Stadium Viet Tri.

    HANOI | Pemain negara memberikan segala-galanya yang termampu untuk menyaingi Vietnam, namun terpaksa akur gagal ke final bola sepak Sukan SEA 2021 selepas kalah tipis 1-0 dalam aksi sengit yang berlanjutan hingga ke masa tambahan, sebentar tadi.

    Gol tunggal penyerang tuan rumah, Nguyen Tien Linh pada minit ke-111 memastikan kemaraan juara bertahan itu ke pentas akhir untuk bertemu Thailand yang terdahulu mengalahkan Indonesia 1-0 juga dalam saingan yang berlanjutan ke masa tambahan.

    Beraksi tanpa tekanan berbanding tuan rumah yang memegang status juara bertahan di Stadium Viet Tri, Vietnam, Malaysia berjaya mengimbangi corak permainan khususnya di bahagian tengah.

    Benteng skuad kebangsaan mula menerima tekanan menerusi gerakan Tien Linh pada minit ke-27, namun rembatannya jauh melewati palang gol.

    Tien Linh sekali lagi berpeluang menjaringkan gol dipenghujung babak pertama namun skrip sama berulang apabila gagal menepati sasaran sebelum kedua-dua pasukan beredar masuk ke bilik persalinan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

    Menyedari perubahan taktikal perlu dilakukan, Ketua jurulatih B23 negara, Brad Maloney melakukan pertukaran dengan mengeluarkan Daniel Asri dan menggantikannya dengan Hadi Fayyadh Abd. Razak.

    Pertukaran tersebut berjaya mengubah tempo permainan skuad kebangsaan yang dilihat semakin memiliki keyakinan ketika Vietnam pula dilihat lebih banyak bertahan.

    Malaysia memiliki peluang terbaik mengegarkan gawang tuan rumah menerusi tandukan pemain gantian, Safwan Mazlan pada minit ke-80, namun sedikit tersasar.

    Beberapa gerakan memburu gol yang direncanakan kedua-dua pasukan bagaimanapun gagal memastikan gol terhasil dan perlawanan terpaksa diheret ke masa tambahan 30 minit.

    Gol perlawanan yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-111 menjadi milik Vietnam hasil tandukan Tien Linh untuk menewaskan Azri Ghani yang cemerlang mengawal gawang sebelum itu.

    Walaupun Malaysia cuba memburu gol penyamaan, namun jaringan tunggal pemain yang beraksi dengan kelab Becamex Bình Dương itu kekal sehinggalah tamat perlawanan.

    Kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas acara bola sepak lelaki Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Indonesia sewaktu dibimbing Datuk Ong Kim Swee.

    Pencapaian terbaik Malaysia selepas itu adalah muncul naib juara seterusnya membawa pulang pingat perak pada edisi 2017 di Kuala Lumpur juga di bawah kendalian Kim Swee, sebelum tersingkir seawal peringkat kumpulan di Filipina pada edisi 2019. – SUMBER: UTUSAN ONLINE

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMahkamah Agung India benarkan solat berjemaah tanpa had
    Next Article Indonesia tarik balik larangan eksport kelapa sawit
    admin
    • Website

    Related Posts

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    22/06/2022

    Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia

    11/06/2022

    Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan

    11/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.