Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Rayuan Farid Kamil ditangguh, peguam terbabit bicara kes Zahid
    Am

    Rayuan Farid Kamil ditangguh, peguam terbabit bicara kes Zahid

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Pelakon dan Pengarah Farid Kamil Zahari (dua, kanan) bersama barisan peguamnya ketika hadir bagi prosiding rayuan kes berkaitan dadah di Mahkamah Rayuan Putrajaya. - foto BERNAMA

    PUTRAJAYA | Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan prosiding rayuan pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terhadap sabitan dan hukuman penjara sembilan bulan bagi kesalahan berkaitan dadah setelah peguamnya terbabit dalam perbicaraan kes Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Ghazali Cha membenarkan penangguhan yang dimohon peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Farid Kamil.

    Hisyam memberitahu mahkamah bahawa beliau terbabit dalam perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung kes kontrak sistem visa luar negara di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang tidak membantah permohonan penangguhan itu. Abdul Karim kemudian menetapkan Isnin ini untuk pengurusan kes.

    Selain rayuan Farid Kamil terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kes berkaitan dadah, Mahkamah Rayuan juga sepatutnya mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan yang dikenakan ke atas Farid Kamil, dengan denda RM5,000 kerana menggunakan kekerasan jenayah ke atas anggota polis.

    Pendakwaan juga memohon lanjutan masa bagi memfailkan notis rayuan bagi kes yang sama (menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota polis).

    Farid Kamil, 40, dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan diperintahkan supaya diletakkan di bawah pengawasan selama dua tahun di bawah Agensi Antidadah Kebangsaan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 15 Mei 2019. Dia gagal rayuannya pada 2019, setelah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam.

    Pada 2 Jun 2020, Mahkamah Majistret Petaling Jaya menjatuhkan hukuman penjara 13 bulan terhadap Farid kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap Konstabel Muhammad Nizam Jamaluddin di kaunter pertanyaan Balai Polis Trafik Kota Damansara pada 1.20 tengah hari pada 11 Januari 2018.

    Dia juga dijatuhi hukuman penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret kerana mengeluarkan kata-kata tidak sopan terhadap Muhammad Nizam mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967. Dia diperintahkan menjalani hukuman itu serentak.

    Bagaimanapun, susulan rayuan pelakon itu, Mahkamah Tinggi Shah Alam menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000 manakala hukuman penjara empat bulan kerana mengeluarkan perkataan tidak sopan itu digantikan dengan denda RM500.

    Pada 5 Januari lalu, Farid Kamil gagal untuk gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap sabitan dan hukuman denda RM5,500, atas kesalahan menggunakan kekerasan jenayah serta mengeluarkan perkataan tidak sopan terhadap seorang anggota polis.

    Sementara itu, pihak pendakwaan mengemukakan rayuan balas terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara 13 bulan kepada denda RM5,000.

    Bagaimanapun, pihak pendakwaan tidak dapat meneruskan rayuannya di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menggantikan hukuman penjara empat bulan dengan denda RM500 bagi kesalahan mengeluarkan perkataan yang tidak sopan kerana gagal lanjutan masa untuk memfailkan petisyen rayuannya.

    Farid Kami juga diwakili peguam Kee Wei Lon. – SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article2 tahun kerajaan PN Kedah lulus ribuan permohonan tanah
    Next Article Sidang Kemuncak Ulama cari resolusi bebaskan Al-Aqsa
    admin
    • Website

    Related Posts

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”

    26/06/2022

    Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    • “Demi menambah tabungan negara, saya tiada masalah”
    • Segera konsultasi dengan parti-parti politik bincang Akta Pendanaan Politik
    • PAS kumpul lebih sejuta ahli setelah proses pemutihan
    • Malaysia rancang subsidi RM77.3 bilion perangi inflasi
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.