Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sabah harap pemberian khas lebih besar dari Persekutuan
    Am

    Sabah harap pemberian khas lebih besar dari Persekutuan

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA KINABALU | Kerajaan Sabah berharap pemberian khas daripada Kerajaan Persekutuan kepada Sabah akan terus ditingkatkan bagi membolehkan lebih banyak inisiatif berorientasikan rakyat dilaksanakan di negeri ini.

    Ketua Menteri, Datuk Hajiji Noor, berkata beliau percaya pendekatan Keluarga Malaysia diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob boleh menjadi formula terbaik bagi menangani isu legasi serta kerjasama antara Sabah dan Kerajaan Persekutuan.

    “Kami yakin pendekatan Keluarga Malaysia dapat mengeratkan hubungan, menyimpul persefahaman dan meningkatkan kerjasama di semua peringkat termasuk antara negeri dan persekutuan,” katanya.

    Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) edisi Sabah dilancarkan Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini hari ini. Hajiji berkata, banyak kemajuan mula dicapai dengan terkini persefahaman antara kedua-dua pihak pada 14 April lalu yang membawa kepada langkah pertama penyelesaian kajian semula kadar pemberian khas kepada Sabah di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.

    “Hari ini saya ingin memaklumkan kepada Perdana Menteri bahawa tambahan hasil negeri yang diperolehi melalui kenaikan pemberian khas daripada RM26.7 juta kepada RM125.6 juta itu kita kembalikan terus kepada rakyat,” katanya.

    Hajiji berkata beliau telah mengumumkan wang itu akan digunakan untuk membina 1,500 Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah.

    Rumah Mesra SMJ adalah inisiatif baharu kerajaan negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang berkonsepkan program Projek Perumahan Termiskin (PPRT) di peringkat persekutuan.

    “Hakikatnya, kerajaan negeri amat menghargai komitmen berterusan Persekutuan dalam menggerakkan dan menyusul siri rundingan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

    “Usaha ini telah dan sedang rancak berjalan melalui pelbagai platform dan diselaraskan di bawah mesyuarat Majlis Khas MA63,” katanya.

    Dalam perkembangan lain, Hajiji mencadangkan kerjasama negeri-persekutuan untuk menggabungkan program JAKM dan Maju Jaya (SMJ) di peringkat akar umbi di Sabah.

    Beliau berkata konsep inisiatif kerjasama terbabit adalah mini karnival yang akan diadakan di setiap bahagian atau daerah di negeri ini secara berperingkat.

    “Program ini penting agar kita dapat menyemarakkan dan merakyatkan kedua-dua agenda kerajaan ini secara seiring dan meluas di peringkat akar umbi.

    “Sebagaimana yang sering saya tegaskan, nilai dan makna sesebuah agenda pembangunan kerajaan seharusnya bukan hanya boleh didengar, tetapi harus dapat dilihat dan dirasai oleh rakyat di semua peringkat,” katanya. SUMBER: BERITA HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleBursa Malaysia dibuka lebih tinggi
    Next Article Penunggang motosikal maut dilanggar treler
    admin
    • Website

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.