Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Turki enggan sokong Sweden, Finland sertai NATO
    Global

    Turki enggan sokong Sweden, Finland sertai NATO

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    PRESIDEN Turki, Recep Tayyip Erdogan. - AFP

    ANKARA | Turki mengulangi pendirian tegasnya untuk tidak menyokong penyertaan Sweden dan Finland menjadi sebahagian Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

    Keputusan itu dibuat selepas Stockholm dan Helsinki menyerahkan dokumen menyertai NATO.

    Lapor The Guardian, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata, delegasi diplomatik dari kedua-dua negara itu tidak perlu bersusah payah mengunjungi Ankara untuk membincangkan langkah tersebut.

    “Walau apa pun, kami tidak akan menyatakan `ya’ kepada negara yang mengenakan sekatan ke atas Turki untuk menyertai organisasi keselamatan NATO.

    “Saya menerima maklumat delegasi akan melawat Turki pada minggu depan. Apakah mereka mahu memujuk kita ? Minta maaf, saya rasa mereka tidak perlu berbuat demikian,” katanya.

    Komen Presiden Turki itu menyusul ketika Perdana Menteri Sweden, Magdalena Andersson memaklumkan majoriti dalam Parlimen menyokong keahlian Stockholm dalam pakatan tentera Barat itu.

    Andersson turut menyifatkan penyertaan NATO adalah perkara terbaik demi keselamatan Sweden.

    Sebelum ini, Recep Tayyip menegaskan tidak akan menyokong rancangan Sweden dan Finland menyertai NATO kerana negara berkenaan menempatkan ‘banyak organisasi pengganas’.

    Isnin lalu, Kementerian Kehakiman Turki memaklumkan bantahan itu dibuat atas alasan kedua-dua negara itu gagal memberi respon positif kepada permohonan ekstradisi 33 individu dikaitkan dengan kumpulan militan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) dan pengikut Fethullah Gulen sepanjang lima tahun lalu.

    Sementara itu, Andersson berkata, Duta NATO Sweden secara rasmi akan menyerahkan permohonan Stockholm ke ibu pejabat pakatan itu di Brussels dalam beberapa hari lagi.

    Katanya, permohonan keahlian negara itu akan diserahkan secara serentak bersama Finland. SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleUstaz Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana dianggap ‘pelampau’
    Next Article Mahkamah Agung India benarkan solat berjemaah tanpa had
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.