Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Ustaz Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana dianggap ‘pelampau’
    Global

    Ustaz Abdul Somad dilarang masuk Singapura kerana dianggap ‘pelampau’

    adminBy admin20/05/2022Updated:20/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAKARTA | Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad (UAS) dilarang memasuki Singapura kerana didakwa sebagai ‘pelampau dan pendukung dasar pemisahan’.

    Singapura yang menjadi negara keenam melarang kemasukan penceramah popular itu tidak boleh menerima kehadiran beliau ke negara berbilang kaum dan agama.

    Kementerian Ehwal Dalam Negeri Singapura dalam kenyataan semalam menjelaskan, Abdul Somad yang tiba di republik itu 16 Mei lalu, dihantar pulang ke Batam, Indonesia, pada hari sama selepas tiba di Terminal Feri Tanah Merah.

    Selain beliau, enam individu lain yang datang bersamanya turut tidak dibenarkan memasuki Singapura.

    “Sebagai contoh, Abdul Somad berceramah bahawa pengebom bunuh diri dibolehkan dalam konteks konflik Israel-palestin dan dianggap sebagai operasi ‘mati syahid.

    “Beliau juga pernah membuat kenyataan yang memburuk-burukkan anggota masyarakat agama lain, seperti Kristian dengan menyifatkan salib sebagai tempat tinggal jin kafir,” tulis kenyataan yang disiarkan dalam laman web kementerian.

    Sebelum ini, Abdul Somad dilaporkan dihalang memasuki Hong Kong pada Disember 2017 dan Timor Leste (2018).

    Selain itu, dia juga didakwa tidak dibenarkan memasuki Switzerland, Jerman dan United Kingdom (2020).

    Susulan tindakan Singapura, Abdul Somad pada Isnin menuntut penjelasan dan menyifatkan republik itu sebagai ‘sombong’.-SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSetengah juta penduduk India melarikan diri akibat banjir
    Next Article Turki enggan sokong Sweden, Finland sertai NATO
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.