Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » 60 pelarian Rohingya lolos depot tahanan masih diburu
    Am

    60 pelarian Rohingya lolos depot tahanan masih diburu

    adminBy admin21/05/2022Updated:21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LARUT | Masih terdapat 60 pelarian etnik Rohingya yang lolos dari Depot Tahanan Sementara Imigresen Relau di Sungai Bakap, Kedah pada bulan lalu, belum berjaya ditahan setakat ini.

    Setiausaha Agung BERSATU yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata operasi mengesan saki-baki etnik itu masih giat dijalankan pihak berkuasa.

    Beliau yang juga Ahli Parlimen Larut merangkap Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), berkata Jabatan Imigresen dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama mengenal pasti lokasi tahanan berkenaan untuk tindakan lanjut.

    “Kebanyakan etnik Rohingya yang lari dari pusat tahanan itu sebelum ini dikesan dan ditangkap di beberapa tempat, kebanyakannya di Selangor dan Perak.

    “Kita yakin saki-baki mereka yang masih bebas akan dapat kita tahan dalam masa terdekat,” katanya ketika ditemui media pada majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Ahli Parlimen Larut dan PN Larut 2022 di Selama, dekat sini hari ini.

    Pada 20 April lalu, seramai 528 pelarian Rohingya melarikan diri dari depot tahanan sementara berkenaan selepas memecahkan pintu blok dan jeriji penghadang dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi.

    Bagaimanapun, enam daripada mereka dilaporkan maut dalam kemalangan ketika cuba melintas laluan di Kilometer 168 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) berdekatan Jawi, Pulau Pinang.

    Hujung bulan lalu, Ketua Polis Kedah, Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad dilaporkan berkata, polis percaya kumpulan tahanan terbabit masih berada di negara ini berdasarkan maklumat Jabatan Imigresen, namun cabaran yang dihadapi adalah nama pelarian berkenaan boleh berubah-ubah.

    Setakat ini, kira-kira 467 tahanan berjaya ditahan semula pihak berkuasa dalam operasi sekitar Pulau Pinang, Kedah dan Perak. SUMBER: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSasaran lima tahun pemulihan sektor pelancongan terlalu lama
    Next Article KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.