Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi
    Am

    KPDNHEP siasat ladang ayam henti operasi

    adminBy admin21/05/2022No Comments3 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA BERANG | Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah menghantar pegawainya ke ladang yang menghentikan operasi ternakan ayam bagi menjalankan siasatan lanjut.

    Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang juga Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya tidak semata-mata menerima alasan menerusi surat yang dihantar pihak peladang mengenai keperluan menutup operasi selama dua hari, sebaliknya sudah mengarahkan pegawai KPDNHEP melakukan pemeriksaan terperinci ke atas ladang berkenaan.

    Beliau berkata, pihak ladang dalam surat yang dihantar kepada KPDNHEP ada memberitahu mengenai penyakit dan berat ayam tidak mencapai tahap yang dikehendaki pasaran iaitu 1.8 Kilogram (kg) ke atas selain faktor tenaga kerja.

    “Kita tidak mahu peladang memanipulasi bekalan ayam dalam pasaran dan sekiranya terdapat unsur terbabit kita (kerajaan) akan mengambil tindakan tegas mengikut perundangan mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

    “Apabila timbul isu ini kita akan membuat pemeriksaan ke seluruh ladang ayam dan bukannya hanya tertumpu kepada satu atau dua ladang saja,” katanya ketika ditemui pada Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Pasar raya Xiri Kuala Berang, di sini, hari ini.

    Beliau berkata, pihaknya akan memastikan kebenaran isu yang diutarakan penternak ayam termasuk berkaitan penyakit hingga menyebabkan ayam tidak mencapai berat yang dikehendaki dan faktor kekurangan pekerja di ladang.

    Beliau berkata, kementerian sentiasa proaktif dalam menjaga kepentingan pengguna dan peniaga termasuk dalam isu kestabilan bekalan dan harga ayam di pasaran.

    Rosol berkata, pihaknya tidak menolak sesetengah kawasan kini mengalami masalah kekurangan bekalan ayam dan langkah jangka pendek sudah diambil dengan membawa bekalan dari kawasan yang mempunyai bekalan ayam berlebihan untuk menampung keperluan di lokaliti yang berdepan kekurangan bekalan ayam.

    “Contoh jika di Perlis, mempunyai lebihan ayam maka ia boleh dibawa ke negeri berdekatan seperti Pulau Pinang yang mengalami kekurangan bekalan ayam.

    “Berdasarkan unjuran kita, pengeluaran ayam untuk satu pusingan ialah sekitar 66 juta metrik tan, namun penggunaannya hanya sekitar 60 juta metrik tan. Ini bermakna kita masih mempunyai lebihan enam juta metrik tan,” katanya.

    Rosol berkata, kerajaan melalui KPDNHEP menasihati penternak dan peniaga supaya tidak mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sewenangnya dan sekiranya ia berlaku kerajaan akan mengambil tindakan tegas mengikut Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

    Sementara itu, mengulas mengenai PJKM Rosol berkata, jumlah jualan PJKM sudah mencecah RM54.5 juta dengan pengunjung melebih 2.7 juta orang, sejak diperkenalkan hingga ke hari ini.

    “PJKM juga sudah diadakan di 1,702 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama 240 rakan strategik yang sama-sama membantu dalam menjayakan program berkenaan yang dijangka tamat Jun nanti.

    “Dengan adanya program seperti ini ia setidaknya dapat membantu penduduk setempat untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah daripada kebiasaannya,” katanya. sumber: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous Article60 pelarian Rohingya lolos depot tahanan masih diburu
    Next Article Bantuan RM200: Pesawah perlu berdaftar dengan Pejabat Pertanian
    admin
    • Website

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.