Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD
    Am

    KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD

    adminBy admin21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KOTA BHARU | Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan meneliti keperluan penutupan taska dan tadika untuk mencegah penularan jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) yang semakin membimbangkan.

    Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata pihaknya sedang meneliti dan memandang serius perkara berkenaan memandangkan ia membabitkan isu keselamatan serta kesihatan kanak-kanak.

    Katanya, kementeriannya juga akan merujuk perkara berkenaan kepada agensi yang bertanggungjawab iaitu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk mendapatkan pelaporan statistik kes HFMD.

    “Daripada pelaporan statistik yang diperolehi itu nanti kita akan adakan perbincangan di peringkat kementerian kami untuk mengambil langkah seterusnya. Sekiranya situasi itu berbahaya ia memerlukan tindakan segera,” katanya.

    Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya dan penyampaian zakat kepada seramai 20 orang pengayuh beca di Dewan WAWA di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup.

    Semalam, media melaporkan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka mengarahkan premis berkaitan kanak-kanak seperti taska, tadika dan pusat jagaan yang merekodkan lebih daripada empat kes jangkitan HFMD ditutup selama 10 hari selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

    Mengulas lanjut, Siti Zailah berkata kementeriannya juga berharap semua pihak terbabit memantau sekiranya terdapat kes HFMD di mana-mana institusi.

    Katanya, pihaknya juga sering mengingatkan pengendali taska dan tadika untuk sentiasa menjaga kebersihan premis mereka bagi menjamin kesihatan kanak-kanak.

    Sementara itu, Said berkata setakat ini tiada taska dan tadika di Kelantan dilaporkan ditutup susulan penyakit berkenaan.– SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePastikan sekuriti bekalan makanan negara terus terjamin
    Next Article Syarikat AS yakin Malaysia masih destinasi pelaburan menarik
    admin
    • Website

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.