Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Lelaki gay paling ramai hidap cacar monyet
    Global

    Lelaki gay paling ramai hidap cacar monyet

    adminBy admin21/05/2022Updated:21/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    LONDON | Jangkitan cacar monyet atau monkey pox boleh berjangkit akibat melakukan aktiviti seks, lapor Daily Mail.

    Lebih membimbangkan jangkitan cacar monyet disifatkan sama berbahaya seperti varian Covid-19, tetapi sehingga kini tiada vaksin spesifik untuk mencegah jangkitan itu.

    Malah, kebanyakan pesakit kes cacar monyet di United Kingdom (UK) membabitkan lelaki gay atau biseksual, termasuk lapan lelaki di Sepanyol yang disyaki menghidap jangkitan itu.

    UK merekodkan sebanyak tujuh kes jangkitan cacar monyet, namun kebanyakannya tidak mempunyai kaitan antara satu sama lain.

    Pegawai kesihatan Portugal pula memaklumkan lima lelaki disahkan positif dan puluhan lagi dianggap sudah dijangkiti cacar itu.

    Sepanyol buat pertama kali mengesan kes jangkitan cacar monyet di negara itu, manakala Amerika Syarikat (AS) pula memantau enam individu yang berada dalam pesawat sama yang dijangkiti.

    Setakat ini, jangkitan cacar monyet hanya dikesan di empat negara di luar Afrika iaitu UK, AS, Israel dan Singapura, yang semuanya mempunyai kaitan dengan Nigeria dan Ghana.

    Cacar monyet merupakan jangkitan virus yang jarang berlaku dan mirip dengan cacar, namun jangkitannya lebih ringan.

    Kes pertama kali direkodkan di Republik Demokratik Congo, 1970an.

    Antara gejalanya termasuk demam, sakit kepala dan ruam kulit bermula pada muka dan merebak ke seluruh badan. SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePenyokong Ustaz Abdul Somad protes di kedutaan Singapura
    Next Article Harimau didakwa berkeliaran di Kemensah Heights masih belum ditemui
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.