Facebook Twitter Instagram
    Tuesday, 30 May 2023
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
      • PRU-15
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Rencana
    • Pendapat
      • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara – Saifuddin
    Am

    Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara – Saifuddin

    adminBy admin21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUANTAN | Malaysia akan menghantar nota diplomatik kepada 168 negara yang menandatangani Konvensyen New York, sebagai memberi makluman awal jika terdapat mana-mana pihak mahu membawa tuntutan mewakili pihak mendakwa sebagai waris Sultan Jamalul Kiram II atau penimbang tara, Dr Gondoza Stampa, berhubung ‘Final Award’ kepada waris Sultan Sulu.

    Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata tindakan proaktif itu diambil supaya 168 negara berkenaan mengetahui pihak terbabit membuat tuntutan itu secara satu pihak.

    Selain itu, beliau berkata, proses diplomatik berkenaan diharap membolehkan negara terbabit memaklumkan Malaysia jika ada permohonan serupa difailkan di negara mereka.

    Secara keseluruhan, terdapat 169 negara menandatangani Konvensyen New York, bagaimanapun Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis sebelum ini membuat keputusan supaya Malaysia membayar pampasan AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada pihak yang mendakwa sebagai waris Sultan Sulu.

    “Kementerian Luar akan menghantar notis kepada Kementerian Luar 168 negara terbabit kerana Stampa telah membuat ‘Final Award’ di Perancis dan kita tidak tahu jika mereka (Stampa dan pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu) akan berhenti di Perancis atau ke negara lain pula selepas ini dengan tuntutan sama.

    “Kita telah membuat permohonan untuk membatalkan ‘Final Award’ itu dan sedang menunggu keputusan Mahkamah Perancis yang dijangka tidak lama lagi,” katanya kepada pemberita pada Jamuan Raya Parlimen dan Perikatan Nasional (PN) Indera Mahkota, di sini, hari ini.

    Kerajaan Malaysia tidak mengiktiraf tuntutan dibuat pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu itu dan menolak sepenuhnya ‘Final Award’ dikeluarkan Stampa atas dakwaan pelanggaran Perjanjian 1878 antara Sultan Sulu ketika itu dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent, yang menyaksikan Sultan Sulu menyerahkan buat selama-lamanya wilayahnya di Borneo Utara, kini Sabah.

    Sebagai balasan, Sultan Sulu serta warisnya diberikan wang serahan RM5,300 setiap tahun tetapi susulan serangan bersenjata di Lahad Datu, bayaran itu dihentikan pada 2013.

    Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata, beliau bertemu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, semalam, dan memaklumkan tindakan Kerajaan Persekutuan dalam menangani isu tuntutan pihak mendakwa sebagai waris Sultan Sulu, malah kedua-dua pihak bersetuju membuat pertemuan lebih kerap bagi melancarkan usaha itu.

    Selain itu, Saifuddin berkata, beliau dan Hajiji juga bersetuju supaya wakil rasmi dari Sabah akan dibabitkan dalam dua jawatankuasa perundingan sempadan Malaysia-Indonesia yang meliputi sempadan maritim dan darat.

    “Saya juga akan bertemu Ketua Menteri, Menteri Besar serta Premier negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran supaya kita lebih bersistematik, dan jawatankuasa perundingan sempadan akan ada wakil negeri berkaitan,” katanya. – SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleHarimau Muda kempunan gangsa
    Next Article PM bangga kontinjen Malaysia capai sasaran pingat emas Sukan SEA
    admin
    • Website

    Related Posts

    Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept

    29/05/2023

    MAIK gesa rakyat Kelantan pakai pelitup muka dan kerap cuci tangan

    21/04/2023

    Rumah hangus terbakar, 20 sekeluarga beraya di rumah jiran

    21/04/2023

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • OPR: Di sebalik PMX jawab kenyataan Guan Eng
    • Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
    • Kita haramkan judi takkan tauke judi nak derma, kata Sanusi kepada PMX
    • Sindir Hadi, Zahid menggelupur, kata Bersatu
    • SPRM perlu lepaskan sitaan akaun BERSATU- Ahmad Faizal
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.