Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Pastikan sekuriti bekalan makanan negara terus terjamin
    Am

    Pastikan sekuriti bekalan makanan negara terus terjamin

    adminBy admin21/05/2022Updated:21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Ahli akademik, Prof Madya Ts Dr Anuar Shah Bali Mahomed menyambut baik usaha kerajaan untuk memansuhkan keperluan lesen import (AP) terhadap bekalan bahan makanan di negara ini.

    Ia bertujuan bagi memastikan sekuriti bekalan makanan negara terus terjamin.

    Bagaimanapun menurut pensyarah di Sekolah Perniagaan dan Ekonomi Universiti Putra Malaysia (UPM) itu, kebergantungan negara kepada keperluan barangan import perlu dikurangkan.

    Ini kerana menurut beliau, sekiranya berlaku krisis sekuriti makanan global yang serius, ia boleh mengakibatkan negara terputus bekalan makanan akibat kebergantungan tinggi terhadap barangan import.

    “Bila berlaku krisis sekuriti makanan, masing-masing negara akan berikan perhatian berkenaaan bekalan makanan negara masing-masing.

    “Krisis sekuriti makanan ini bukan hanya berlaku di Malaysia, bahkan di seluruh dunia.

    “Jika kita dapat lihat sekarang, bekalan ubi kentang dan daging mentah seperti ayam sangat terkesan. Kekurangan bekalan makanan ayam seperti dedak juga memberikan kesan kepada bekalan ayam,” katanya ketika dihubungi Harakahdaily, di sini.

    Justeru itu, beliau mencadangkan kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) merangka pelan jangka masa pendek dan panjang untuk dilaksanakan di peringkat dalaman.

    Katanya, antara langkah segera yang boleh dilakukan adalah dengan memanfaatkan sumber alam semula jadi seperti tanah bagi penanaman pelbagai sayuran berskala besar.

    “Kita buat segera dan fokus pertama adalah sayuran yang boleh mengeluarkan hasil yang cepat sekitar tiga hingga enam bulan.

    “Krisis bekalan makanan ini berpotensi menjadi lebih besar pada suku ketiga tahun ini.

    “Sekurang-kurangnya jika berlaku krisis yang luar biasa, maka bekalan sayuran tersebut boleh menjadi talian hayat,” jelas beliau.

    Sehubungan itu katanya, kerajaan boleh mengambil inisiatif untuk menyewakan tanah milik kerajaan yang bersesuaian secara percuma selama dua tahun dan boleh diperbaharui tempoh penyewaan kepada pengusaha pertanian khususnya pengusaha Bumiputera.

    Ujarnya, usaha-usaha ini penting bagi memastikan kelangsungan sekuriti rantaian bekalan makanan negara terus terjamin.

    Terdahulu, Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kerajaan memansuhkan keperluan lesen import (AP) terhadap bahan makanan, berkuat kuasa serta-merta.

    Katanya, dengan pemansuhan keperluan permit itu, sesiapa sahaja boleh mengimport makanan ke negara ini. – SUMBER: HARAKAH

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePemuda PAS Sabah sedia tanding PRU15
    Next Article KPWKM akan teliti penutupan taska, tadika untuk elak penularan HFMD
    admin
    • Website

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.