Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Penyokong Ustaz Abdul Somad protes di kedutaan Singapura
    Global

    Penyokong Ustaz Abdul Somad protes di kedutaan Singapura

    adminBy admin21/05/2022Updated:21/05/2022No Comments1 Min Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    JAKARTA | Sekumpulan individu yang menyokong Ustaz Abdul Somad mengadakan protes di hadapan Kedutaan Singapura di sini selepas penceramah terkenal itu dilarang masuk ke republik itu.

    Lapor Detik.com, tunjuk perasaan itu diadakan oleh kumpulan yang digelar Perisai.

    Dilaporkan, penunjuk perasaan membawa bendera Indonesia dan mengedarkan risalah yang mengemukakan tiga tuntutan.

    Antara tuntutan tersebut adalah mengecam tindakan Imigresen Singapura terhadap Abdul Somad, meminta Kedutaan Besar Singapura di Indonesia memberikan penjelasan dan meminta maaf secara terbuka.

    Selain itu, mereka juga menggesa Duta Besar Singapura meletak jawatan kerana mengusir Abdul Somad.

    “Singapura secara terbuka menuduh Abdul Somad sebagai radikal. Malah dituduh sebagai pengganas,” kata seorang penunjuk perasaan, Muhammad Saleh.

    Sementara itu, protes sama turut berlaku di Konsulat Agung Singapura di Medan yang membabitkan ahli Perikatan Pertubuhan Islam Sumatera Utara. SUMBER: AGENSI

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleAnak Putin bercinta dengan Zelensky
    Next Article Lelaki gay paling ramai hidap cacar monyet
    admin
    • Website

    Related Posts

    Dua maut kereta elektrik Nio terhumban dari tingkat tiga

    25/06/2022

    Thailand mansuhkan pemakaian pelitup muka di semua kawasan

    25/06/2022

    Singapura longgar sekatan pergerakan pekerja asing

    25/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.