Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » PM bangga kontinjen Malaysia capai sasaran pingat emas Sukan SEA
    Am

    PM bangga kontinjen Malaysia capai sasaran pingat emas Sukan SEA

    adminBy admin21/05/2022Updated:21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengucapkan tahniah kepada kontinjen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas pada temasya Sukan SEA ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam.

    Menerusi catatan di Facebook, beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian atlet Keluarga Malaysia.

    “Tahniah! Kita telah berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas menerusi skuad karate negara di Sukan SEA Vietnam!” katanya.

    Ismail Sabri berkata, bagi atlet yang tidak berjaya membawa pulang pingat, sebagai sebuah keluarga, mereka akan sentiasa disokong.

    “Bagi yang tidak berjaya membawa pulang pingat, tidak mengapa, kita sebagai sebuah Keluarga Malaysia sentiasa menyokong kalian. Kepada atlet yang masih berjuang, ayuh kita tambah lagi jumlah pingat kita!” katanya.

    Kontinjen negara boleh menarik nafas lega apabila sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA ke-31 dicapai semalam.

    Emas ditunggu-tunggu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki dibarisi S Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R Sharmendran yang menewaskan Indonesia 3-0 pada saingan final.

    Lebih bermakna, bukan sahaja menghadiahkan pingat emas ke-36 kepada kontinjen negara malah skuad karate turut menamatkan kemarau 29 tahun kilauan emas dalam acara kumite berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA.

    Terdahulu, emas ke-35 Malaysia disumbangkan atlet menembak, Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang mencipta kejutan mengungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA. – SUMBER: BERNAMA

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleMalaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara – Saifuddin
    Next Article Sasaran lima tahun pemulihan sektor pelancongan terlalu lama
    admin
    • Website

    Related Posts

    Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40

    26/06/2022

    Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus

    26/06/2022

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.