Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Harimau Muda kempunan gangsa
    Sukan

    Harimau Muda kempunan gangsa

    adminBy admin21/05/2022Updated:22/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    HANOI | Tiada sebarang pingat yang mampu di bawa pulang skuad bawah 23 tahun (B-23) negara dari bumi Vietnam selepas tumpas kepada Indonesia dalam aksi perebutan tempat ketiga melalui penentuan sepakan penalti di sini, sebentar tadi.

    Selepas terikat 1-1 dalam tempoh 90 minit di Stadium Nasional My Dinh, pemenang pingat gangsa Sukan SEA 2021 terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti dan Marc Anthony Klok muncul wira Indonesia selepas menyempurnakan sepakan terakhir untuk mencatat kemenangan 4-3.

    Penjaga gol Indonesia, Ernando Ari Sutaryadi juga layak dipuji selepas menyelamatkan sepakan Hadi Fayyadh Abd Razak dan Luqman Hakim Shamsudin.

    Aksi separuh masa pertama yang berlangsung dalam hujan renyai bermula dengan kedua-dua pasukan bersemangat untuk mencari gol awal dengan sentiasa berbalas serangan.

    Skuad bimbingan Brad Maloney dan Garuda Muda masing-masing mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol termasuk percubaan daripada Safwan Mazlan pada minit kedua di sebelah kiri dalam petak penalti, namun rembatannya berjaya diselamatkan penjaga gol Indonesia, Ernando.

    Seminit kemudian giliran pasukan bimbingan Shin Tae Yong pula menguji pertahanan negara, namun percubaan Ronaldo Joybera dari dalam petak penalti berjaya diselamatkan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim.

    Indonesia yang tumpas kepada Thailand 0-1 di separuh akhir tidak berputus asa apabila bertali arus melancar serangan sebelum memasuki minit ke-15 dua percubaan dilakukan oleh Saddil Ramdani dan Witan Sulaeman.

    Sebelum tamat separuh masa pertama pasukan B-23 negara mempunyai peluang terbaik untuk memecah kebuntuan, namun rembatan dari luar petak penalti, Quentin Cheng diselamatkan Ernando, manakala sepakan percuma ketua pasukan, Mukhairi Ajmal Mahadi gagal disambut baik rakan sepasukannya.

    Bersambung babak kedua skuad muda negara melakukan tiga pertukaran dengan membawa masuk Luqman Hakim, Hadi Fayyadh dan Hairiey Hakim Mamat.

    Tindakan berkenaan menyuntik semangat anak buah Maloney dan hampir memperoleh gol pada minit ke-50 melalui percubaan Azam Azmi Murad, namun percubaannya dari dalam petak penalti hanya mengenai jaring.

    Syahir Bashah hampir mencetak nama sebagai penjaring gol pada minit ke-65, namun mempersiakan peluang keemasan walapaun hanya berdepan dengan Ernando, seminit berselang rembatan jauhnya pula mengenai palang.

    Pada minit ke-68 sedang pasukan B-23 negara rancak menyerang Ronaldo akhirnya berjaya meletakkan Indonesia di depan selepas merembat masuk hantaran ke depan Marselino Ferdinan.

    Bagaimanapun, minit ke-81 Hadi Fayyadh berjaya menyamakan kedudukan apabila melepaskan rembatan kencang yang terkena pertahanan Indonesia, Rizky Ridho Ramadhani sebelum ia gagal diselamatkan Ernando.

    Akhirnya kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan sehingga tamat aksi sebenar sebelum ia ditentukan menerusi penentuan penalti. SUMBER: BERITA HARIAN

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleNetflix buang 150 pekerja
    Next Article Malaysia akan hantar nota diplomatik kepada 168 negara – Saifuddin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    22/06/2022

    Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia

    11/06/2022

    Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan

    11/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.