Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Proses tangani harga barang naik masih perlahan
    Am

    Proses tangani harga barang naik masih perlahan

    adminBy admin21/05/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PAGOH | Kerajaan perlu berani untuk merancakkan proses pemulihan negara yang turut membabitkan isu kenaikan harga barang makanan ketika ini.

    Presiden BERSATU yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, proses berkenaan didapati masih perlahan walaupun Malaysia memiliki sumber pertanian yang besar dan berupaya untuk dikembangkan.

    “Kita kena ambil satu langkah lebih berani menggunakan teknologi moden dan cari pelabur walaupun pelabur asing.

    “Bagi saya mungkin kita boleh longgarkan syarat kepada pelabur asing datang meneroka sektor industri pertanian dan makanan selain membawa teknologi baharu bagi menghasilkan pengeluaran pertanian lebih banyak dan berkualiti. Ini satu isu besar.

    “Sekarang ini sudah ada (pemulihan) tetapi belum cukup pantas dan banyak kekangan dihadapi pelbagai sektor termasuk ekonomi, pendidikan serta sosial,” katanya ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Pagoh di Dewan Kompleks Sukan Pagoh, pada Jumaat.

    Katanya, jika kerajaan tidak beri perhatian mengenai cadangan MPN, proses pemulihan itu dijangka tidak berlangsung dalam tempoh singkat dan seterusnya memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara.

    Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, MPN akan melantik konsultan bagi membantu menyediakan Pelan Pemulihan Negara 2.0 untuk merangka pelan jangka pendek dan panjang dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi negara.

    Sementara itu, beliau berkata, MPN menyambut baik keputusan kerajaan memansuhkan permit kelulusan (AP) barang makanan, namun perkara itu memerlukan kajian terperinci dari sudut implikasi.

    Kata Muhyiddin, ini bagi memastikan langkah berkenaan tidak memberi impak negatif kepada sektor makanan dan pertanian negara.

    “Tujuan asal AP ini adalah untuk melindungi pengeluar tempatan yang mana pengimport dibenarkan dengan kuota tertentu supaya tidak beri kesan negatif kepada pengusaha tempatan.

    “Jadi walaupun dasar mansuh AP itu dilihat baik, tetapi kita nak tengok juga kesan kepada industri pertanian tempatan. Adakah kerajaan boleh beri bantuan lebih kepada sektor pertanian seperti subsidi dan pinjaman bank yang mudah,” katanya. SUMBER: BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticlePN sokong cadangan pembahagian kerusi PRU15 lebih awal
    Next Article Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api bersasar – Azmin
    admin
    • Website

    Related Posts

    Ibu maut, anak cedera kemalangan

    26/06/2022

    12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat

    26/06/2022

    Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk

    26/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.