Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • Politik
      • PRN Sarawak
      • PRN Johor
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia
    Sukan

    Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia

    adminBy admin11/06/2022Updated:11/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    PUTRAJAYA | Penganjuran temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 telah diawalkan dua minggu, iaitu bermula 16-24 Sept ini sempena sambutan Hari Malaysia, diikuti Para Sukma dari 1-6 Nov di sekitar Lembah Klang.

    Ia berikutan penundaan Sukan Asia Hangzhou 2022 yang sebelum ini dijadualkan pada 10-25 Sept, yang memberikan ruang kepada pihak penganjur untuk menggunakan kemudahan universiti awam untuk penempatan atlet ketika cuti semester.

    Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada Khamis juga, bersetuju dengan penganjuran sebanyak 31 jenis sukan dan 445 acara bagi edisi kali ini yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

    Beliau yang juga Timbalan Presiden BERSATU berkata jawatankuasa itu juga memutuskan untuk mengurangkan penyertaan minimum kepada enam negeri berbanding lapan negeri (hanya untuk edisi 2022) bagi setiap acara, dengan tarikh pendaftaran dilanjutkan sehingga 30 Jun.

    “Jangan harap (kemeriahan penganjuran) seperti bunga api dan konsert. Saya berharap kemeriahannya (Sukma) kepada (prestasi) sukan itu, bukannya penganjuran. Harap kemeriahannya datang dari penggiat sukan sendiri untuk beri sokongan kepada anak-anak yang bergiat aktif dalam bidang sukan.

    “Dari segi had umur melebihi 23 tahun, kebenaran khas hanya untuk kali ini dengan mengambil kira atlet-atlet yang telah mengadakan persiapan sejak sekian lama untuk Sukma yang sepatutnya dianjurkan pada 2020 (sebelum dibatalkan kerana pandemik COVID-19),” katanya pada sidang media di Menara KBS, semalam.

    Ditanya mengenai venue, Ahmad Faizal berkata hampir kesemua venue sudah dikenal pasti, kecuali bagi sukan perayu layar yang akan dianjurkan sama ada di Langkawi atau Port Dickson kerana bertembung dengan acara lain.

    Terdahulu, jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei bersama-sama atlet menembak Johnathan Wong, skuasy S. Sivasangari dan pelari pecut Azreen Nabila Alias melancarkan Detik 100 Hari Sukma XX, MSN 2022 di Menara KBS.

    Majlis itu turut menyaksikan pelancaran logo Sukma dan Para Sukma 2022, serta maskot harimau bernama ‘Oyen’ dan lagu rasmi temasya ‘Demi Malaysia’.

    Seramai 10,000 atlet dan pegawai dijangka menyertai temasya kali ini, yang pada asalnya dijadualkan bermula 29 Sept hingga 8 Okt. -BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleSyarat lebih ketat tubuh persatuan sukan
    Next Article Justin Bieber hidap sindrom ‘lumpuh muka’, minta peminat mendoakan kesihatan
    admin
    • Website

    Related Posts

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    22/06/2022

    Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan

    11/06/2022

    KBS bantu atasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia

    05/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Khairy seru B40 lakukan saringan kesihatan PeKa B40
    • Kadar pengangguran negara turun kepada 3.9 peratus
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.