Facebook Twitter Instagram
    Sunday, 26 June 2022
    Facebook Twitter Instagram
    Journal Malaysia
    Banner
    • Utama
    • Terkini
    • Am
    • PRN Johor
    • Politik
      • PRN Sarawak
    • Ekonomi
    • Sukan
      • Olimpik
    • Global
    • Pendapat
    • Siaran Media
    • Viral
      • Video Pilihan
    • English
    Journal Malaysia
    Home » Sitemap » Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan
    Sukan

    Syarat lebih ketat tubuh persatuan sukan

    adminBy admin11/06/2022Updated:11/06/2022No Comments2 Mins Read
    Facebook WhatsApp Twitter Pinterest LinkedIn Tumblr Email

    KUALA LUMPUR | Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mengadakan perbincangan bersama Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam meletakkan syarat lebih ketat kepada pihak yang mahu menubuhkan persatuan sukan kelak.

    Timbalan Presiden BERSATU yang juga Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya memandang serius perkara terbabit kerana menyebabkan pembangunan sukan di negara ini terbantut.

    Malah, beliau juga memberi peringatan kepada pihak tertentu supaya melupakan niat untuk menubuhkan persatuan sukan sekiranya hanya mahukan jawatan semata-mata atau mengadakan jamuan Hari Raya Aidilfitiri sebagai aktiviti utama mereka.

    “Saya sudah mengarahkan PJS untuk melihat perkara ini dan pastikan semua persatuan sukan bergerak aktif untuk mengadakan mesyuarat agung dan aktiviti berkaitan mereka.

    “Kalau buat persatuan tapi mesyuarat agung pun tak ada dan sekadar mengadakan jamuan Aidilfitri adalah lebih baik menubuhkan persatuan penduduk saja.

    “Kita akan mencari jalan bagi menyelesaikan perkara ini dan mungkin akan letak syarat lebih ketat kepada pihak yang mahu menubuhkan persatuan sukan selepas ini.

    “Pendedahan media ini membuka mata bahawa jika mahu tubuhkan persatuan bola sepak buatlah aktiviti bola sepak dan sama juga untuk persatuan lain,” katanya baru-baru ini.

    Terdahulu, Arena Metro melaporkan bahawa timbul tanda tanya membabitkan 1,860 persatuan sukan di negara ini yang didapati ‘hilang’ tanpa khabar berita selepas didapati gagal menghantar laporan Maklumat Yang Kena Beri (MYKB) untuk tempoh tiga tahun berturut-turut kepada PJS.

    Jumlah terbabit boleh dikatakan agak mengejutkan kerana semua persatuan itu tidak pernah menghantar laporan berkenaan yang dilihat cukup penting untuk mengetahui perkembangan terkini mereka terutama membabitkan aliran dana diterima daripada kerajaan negeri dan Majlis Sukan Negara (MSN).

    Malah daripada jumlah berkenaan, lebih 10 persatuan kebangsaan turut didapati hilang tanpa khabar berita selepas didapati gagal menghantar laporan MYKB untuk tempoh tiga tahun berturut-turut kepada PJS.

    Mengikut rekod, ada antara persatuan berkenaan bergiat aktif menghantar atlet menyertai kejohanan antarabangsa namun didapati gagal mengemukakan laporan MYKB itu sekali gus menimbulkan tanda tanya berkaitan aliran wang tunai dan aktiviti mereka.

    Antara persatuan yang sudah enam tahun menyepi tanpa sebarang khabar berita adalah Persatuan Hoki Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Olahraga Angkatan Tentera Malaysia, Persatuan Taekwando Malaysia dan Persatuan Kungfu Wing Chun Malaysia.

    Selain itu, Persatuan Wushu Malaysia, Persatuan Bolasepak Felda Malaysia, Persatuan Luncur Layar Malaysia dan Persekutuan, Persatuan Powelifting Para Malaysia dan Persekutuan Bina Badan Malaysia juga didapati gagal menghantar MYKB untuk tempoh tiga tahun berturut-turut sekali gus akan dikenakan tindakan pembatalan jika berdegil untuk memberi maklumbalas kepada PJS.- BERITA BERSATU

    Share. Facebook Twitter WhatsApp Pinterest LinkedIn Tumblr Email
    Previous ArticleKejayaan Wai Ching kebanggaan Malaysia
    Next Article Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia
    admin
    • Website

    Related Posts

    Aaliyah cipta rekod di Florida

    22/06/2022

    Sukma 2022 diawalkan dua minggu, mula pada Hari Malaysia

    11/06/2022

    KBS bantu atasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia

    05/06/2022

    Leave A Reply Cancel Reply

    Iklan
    https://www.hondakowamas.com.my/
    Recent Posts
    • Ibu maut, anak cedera kemalangan
    • PAS wadah politik terbaik
    • Penyertaan wanita dalam pentadbiran negara perlu dipertingkatkan
    • 12 mangsa bot hampir karam ditemui selamat
    • Pembukaan sekolah baharu di kawasan lebih padat penduduk
    FACEBOOK

    Journal Malaysia

    • Facebook
    • Twitter
    • Instagram
    Meta
    • Log in
    • Entries feed
    • Comments feed
    • WordPress.org
    About
    About

    Journal Malaysia memulakan operasi secara pada 1 Mac 2021 diwujudkan bagi memberi ruang kepada penulis dunia kewartawanan memaparkan berita terkini dengan laporan yang tepat biarpun dialam siber. Berita yang dipaparkan juga tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Hasutan 1970.

    Facebook Twitter Instagram

    Subscribe to Updates

    Dapatkan Berita Terkini daripada Journal Malaysia

    Copyright © 2021 Journal Malaysia. Designed & Hosted by ejoeSolutions.
    • Utama
    • Politik
    • Sukan
    • Seni Hiburan

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.