KUALA LUMPUR | Sejumlah 67,944 unit kediaman di bawah projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia ditawarkan sehingga Mei lalu.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berkata, ianya membabitkan 104 projek di Wilayah Persekutuan yang telah mendapat kelulusan pembinaan.
Katanya, dengan usaha berterusan itu, hasrat Satu Keluarga, Satu Rumah ini dapat direalisasikan untuk kesejahteraan Keluarga Malaysia.
“Menjadi harapan kerajaan setiap keluarga di Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah di bawah program Satu Keluarga, Satu Rumah.
“Kediaman yang ditawarkan kepada Keluarga Malaysia juga dipastikan memenuhi keperluan semasa serta persekitaran yang selesa, kondusif, mesra keluarga dan praktikal selain mampu milik,” katanya.