KUALA LUMPUR | Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini sedang menjalani pemeriksaan di sebuah hospital kerana berada di dalam keadaan gering di bahagian kaki.
Menurut Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda kini berada dalam pemantauan doktor.
Walau bagaimanapun katanya, kesihatan Baginda secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.
“Sehubungan itu, program yang telah dijadualkan berlangsung pada hari ini dan juga semua program-program yang terdekat yang melibatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda telah ditangguhkan ke tarikh-tarikh yang akan diumumkan kelak.
“Baginda dijadualkan berangkat pulang bersemayam di Istana Negara dalam masa terdekat setelah selesai menjalani rawatan.
“Seluruh rakyat diseru untuk bersama mendoakan semoga Seri Paduka Baginda dikurniakan kesembuhan segera dan keafiatan yang berpanjangan,” katanya.